Entri Khas: Shelby Eleanor!

Shelby Eleanor009

Kalau sekutu nak tau inilah dia entri pertama GT, diterbitkan pada 15 Jun 2009.

_________________________________________________________________

Shelby Eleanor, gearnya 4, kit badannya dari besi, rimnya sekolah lama [old school], warnanya pula mengikut aliran terkini, hitam kusam ataupun flat-black. Pemiliknya pula adalah Pipiyapong. Pipi dengan kereta memang tidak boleh dipisahkan, seperti orang kerja pejabat dengan tali leher, pakai nak kacak aje, kalau tak, awek-awek semua tak pandang. Bos-bos pula mungkin sasarkan untuk dimasukkan dalam skim pemberhentian sukarela [VSS].

Shelby Eleanor001

Mulanya, sewaktu sesi ribut-otak [brainstorm] memang kami muflis idea hendak paparkan apa sebagai entri sulung. Tak kan nak cerita pasal artis lelaki tak pakai baju tepi kolam macam dalam Mangga. Sambil menyedut teh o ais, dengan tidak semena-mena Shelby Eleanor terlintas di fikiran saya. Pipi dengan kasut papan luncurnya terus mengangguk. Katanya, jika yang ini berjaya, kita boleh ujipandu Pajero kerajaan, forklift disebelah pejabatnya takpun lori Mercedes kepala merah yang selalu orang buat angkut balak tu. Orang putih kata, close deal, kami pun… sedut lagi teh o ais. Mengelamun sekejap.

“Ok Pi, nanti aku amik kereta lu, kita bikin Jeremy Clarkson malu!”.

“Ok..”, jawab Pipi ringkas, saya syak dia tak kenal pun siapa Jeremy Clarkson.

Shelby Eleanor006

Anda tahu tahun bila Shelby Eleanor aka Toyota Zamry ni dikeluarkan?. 1978. Anda tahu apakah nombor plat kereta ni? 8778. Anda tahu berapa 4 nombor ekor hari ni?. Ni semua tahyul, jangan percaya. Walaupun kereta ini dimiliki oleh pomen separuh masa, belum tentu lagi keretanya sedap. Macam Amerika, walaupun mereka tentang Iran dan Korea Utara sebab nuklear tetapi mereka sendiri pun ada nuklear. Tu belum kira Israel dan lain-lain lagi.

Walaupun sepatutnya saya yang memandu Shelby Eleanor ini, saya biarkan dulu Pipi memandu. Mungkin dalam hati Pipi mengumpat saya, mentang-mentang kereta aku old school.

“Mat, lu buka tingkap, kerusi tu pulak boleh ejas belakang sikit”, Pipi bagi arahan. Kami bergerak menuju ke suatu kawasan sebelah perumahan Kinrara, hendak tuju ke mana pun belum tentu lagi. Masing-masing buat-buat macam kenal kawasan sebelah Kinrara tu.

“Kita amik gambar kat kelab golf tu je lah”, saran Pipi.

“Ok…tapi nak masuk belah mana ni Pi?”, tanya saya.

Sampai ke depan sedikit, saya buat-buat tak nampak pintu, Pipi pun mungkin sama, kereta-kereta kat situ jenisnya yang datang dari Bavaria, tak pun jenama 3 pointing stars bak kata orang putih. 2-3 lajak ke depan kami sampai ke sebuah kawasan perumahan baharu. Rasanya selamat kat sini, potensi kena ragut mungkin kurang. Sampai satu tapak menarik, Pipi berhenti, saya minta dia pusing sikit stereng, baru nampak macam kereta sukan. Tap..Tap..Tap saya ambil gambar, Pipi juga sibuk ambil gambar, mungkin juga dia ambil gambar buruh binaan kat situ. Sebelum tu dia tunjuk pada saya ada buruh wanita bekerja di situ.

“Pi ni apa benda..?”, tanya saya sambil tangan menunjuk pada kertas bergulung pada papan pembesar suara belakang.

“Kertas kilat..”, jawab dia ringkas.

“Lu buat apa dengan kertas ni?”, tanya saya tidak puas hati, sebab biasanya kertas kilat ini orang buat lapik atap masa buat rumah untuk kilas haba.

“Gua buat lapik bumbung bila panas..”, jawab dia ringkas sambil tersenyum. Saya balas senyumannya, tapi dalam hati gelak besar.

Shelby Eleanor005

Siap ambil gambar dan matahari pula makin tegak, saya dan Pipi beredar. Pipi bagi kunci pada saya, dia minta saya pandu, sambil cakap nak review apa benda kalau tak test drive. Saya masukkan kunci, hidupkan enjin, bunyinya sedap, bising, kasar, agak-agak kalau lalu sebelah geng-geng kereta modified tidak lah malu sangat. Kereta ni memang sedap, torque atau tujahannya kuat juga, maklumlah kereta pomen. Tapi satu hal dengan kereta ini ialah stereng nya tidak selari dengan kedudukan tayar, lari 90 darjah, kawan saya yang drifter tu pun sterengnya tegak, teori apa Pipi guna pun saya tak pasti. Sepanjang perjalanan kami berborak hal automotif, macam-macam yang kami borakkan, walaupun begitu saya cuma tenang di muka sahaja sebab sibuk mengawal kenderaan, takut-takut kereta buat hal, tak pun terlanggar kereta depan sebab brek nya tidak berapa nak sedap. Sampai ke rumah sewa abang Pipi dekat kawasan perumahan Kinrara tu saya buat-buat tekan minyak, bagi bunyi sedap sikit, konon-kononnya masuk rumah dengan bergaya.

Shelby Eleanor004

Fikir punya fikir, saya rasa kereta yang kita miliki memang melambangkan siapa diri kita. Kalau yang kaya, dengan kereta mewah, yang sedang-sedang pula dengan Myvi. Tapi dengan kereta Shelby Eleanor ini, ini adalah soal prinsip hidup, ini adalah mengenai gaya hidup. Kalau setakat indie tapi pandu kereta CRV atau City milik bapa atau ibu pegi dengar gig percuma dekat parkir Bukit Jalil baik simpan ajelah gaya indie. Bagi gua, kereta ini dengan Pipi yang hanya menyarung selipar Jepun Tat Sing sambil bawa minyak petrol standby dalam kereta adalah indie sebenar. Gua tengok cerita Rock Mamat Khalid tu rockers tu semua pergi konsert naik bas tambang aje. Seluar pula koyak kerusi bas. Gua rasa kalau Amy Search tengok kereta ni pun dia lagi sanggup naik dari tumpang Myvi. Rock mana naik Myvi. Rock mana baca Mangga.

Untuk lebih gambar, + geartinggi@gmail.com di facebook.

-Mak Uia-

Popularity: 14% [?]

Kongsi Ramai-Ramai!:
  • Print
  • Facebook
  • Twitter
  • Google Bookmarks
  • Add to favorites
  • Google Buzz
  • MySpace
  • PDF
  • RSS

Related posts:

  1. Entri Khas: GearTinggi Setahun!
  2. Video: BMW S1000 RR. Dinner for RR.
  3. Video: Ford Shelby lwn Camaro lwn Jeep lwn Vaz 2107 lwn Heli!
  4. Mari Berlumba Di Trek Kg. Gajah!
  5. APRC: Proton Neo S2000 di Hokkaido!

24 Komen lu orang:

  1. klasik sungguh toyota zambri ni

  2. dah macam cerpen aku baca…
    skill penulisan bleh ditingkatkan lagi..
    memang rare..

  3. kertas kilat wt buat lapik bumbung…
    ganas tuu…

  4. lawak gak tajuk entri.. suko sore aku…hehee

  5. wow… apsal pipi tak cat.. kasi cantik sikit?

  6. Gua adalah antara pembaca entry yg pertama dlm GT.com…komen gua…mmg layan…ayat lebih kurang cam MK gak la…ye la dah sedara kan…tapi gua suka sbb tak skema sgt walaupun gua ni kategori skema gak..hahaha..

  7. tahniah GT.. dah setahun rupanya, pantas sungguh masa berlalu..

  8. PEH….mmg oldskool…..aku tabik ngan kejeruteraan jepang….

  9. time mula2 kuar dulu lu bagi hint2 je..ni baru kuar rupa yang sebenar huhuh

  10. mmg old school habis… nice…

  11. belalang_kontot

    gua jarang komen…tup tup tau2 dah setahun GT…huhu…entri gua paling suke ade 2.satu yg ni.satu lagi bmw 4gear.review pipiyapong balik lipis…pergh….bes siot!!!

  12. eh, dah setahun? aku br prasan…hahahaha (makin tua plak haku)
    mula2 umum pon ms dlm MK dlu…

  13. rare…

  14. mmang rare…

  15. tringat mse kcik2 dlu pkcik gua ade pkai keta ni.kaler kunin itam siap konbert bmper iswara lg..

  16. gua baca GT bila otak gua “jammed”… GT ni dah mcm minyak pelincir. hahaha. Tapi byk info yg gua rasa menarik. Harap lps ni, GT akn lebih menarik lg..

  17. gle jepon…kete stok pki smpi mati pnye lah.

  18. jepang mari jo!

  19. side mirror yang aero abes…buat potong angin nak blik lipis

  20. Okey, 1st of all, gua konpius. apa cer karangan macam nih pun lu orang bole edit hah? gua rasa macam nak nyanyi lagu Foxtrot Uniform Charlie Kilo jer bila membaca karangan sebegini. ceh, masalahnya kenapa entri jenis macam nih sangat rare? kenapa GT sudah berubah? adakah GT takde Passion dan Soul hah? gua bagi 5 bintang untuk entri nih. Terbaik.

    Baidewei, gua tolak 2 bintang sebab lu orang tidak boleh campur American Muscle dengan Japanese Muscle. U know what? Sebagai peminat Mopar yang sejati, gua sangat pelik dengan entri sebegini, gua klik Shelby dari pusat sumber GT, serius, gua tidak sabar ingin membaca entri Shelby, tapi u all let me down and disappoint, last-last keluar kereta Toyota. Mati-mati gua ingatkan Ford Shelby yang lagenda tuh. haih…

    Senang citer, Toyota memang sempoi kalau lu orang jenis tahu sejarah kereta otai Toyota. Berbanding dengan Vios yang sangat tidak best tuh, Toyota dan Nissan/Datsun adalah pelopor Japanese Muscle jenis “True” dimana lu kena ade Passion yang mendalam untuk mengenal pasti kereta klasik Jepun. Kalau tak, sure lu orang bukan dari golongan yang “True” klasik rides from the east.

    Gua rasa American Muscle lagi best sebab engin lagi True sebab ade V8 yang sangat natural dengan Displacement yang melebihi 5000cc adalah suatu kepuasan memiliki Pony Muscle dari negara Uncle Sam. Handling jangan ceritalah, memang hancur habis jo, kena ade skill yang pawer baru bole handle mesin buas V8. Kalau lu jenis peminat Mopar yang sejati, lu akan paham konsep there is no replacement for displacement dan juga Big Block and Small Block. Wild-wild west punya style. Peh.

    Serius, gua juga minat Ford Shelby GT500 Eleanor sebab sexy dan macho berbanding generasi yang lain. Citer Gone in 60 Second sebenarnya tidak membuat Eleanor tuh lebih femes. Tidak jo, u can talk and ask any Yankees out there, then u will know they have very different perspective and opinion. Gua juga minat giler dengan citer Bullit, Gran Torino Clint Eastwood, Gone in 60 Second 1974, The Last American Hero, Smokey and The Bandit,
    The Sugarland Express dan lain-lain lagi der.

    Apapun, gua enjoy dengan entri nih berbanding entri jenis copy and paste atau jenis translate tuh. Peh, gua sebagai pemilik Chevy Camaro 3 Silinder, memandangkan Bank Negara Malaysia very strict dengan isu Loan kereta, so generasi muda-mudi yang tidak lepas loan atau menikmati dan membeli kereta idaman seperti Dugong, Prius C, Insight, Prevey, Inspira, Forte, Fiesta, Jazz Hybrid, Corolla Altis, Mazda3, Silpi(baii), Ekzora Bold and so on, lu orang jangan sedih-sedih jo!

    Hidup kena diteruskan juga, buy old school rides atau kereta 2nd hand yang lagi berbaloi dan sudah tentu value for money. Cuma kereta old school Safety memang zero dan takde insuran der. Kereta 2nd hand paling berbaloi beli seperti Persona, Kelisa, Kenari, Satria Neo, Toyota Corolla SEG and so on. Kalau gua, Persona & Kelisa memang terbaik untuk daily komuter. Kalau lu jenis minat mods, sudah tentu ler EG & EK. Praaanngggg. Apa? Tiara? err……no komen.

  21. Sebagai geng pelopor penulisan sempoi tak ingat dalam MK maka gua sampai satu tahap, memikirkan what’s next?

    Gua boleh je nak tulis sempoi-sempoi (sebenarnya tu lah sebab GT wujud) tapi gua fikir sampai bila.

    Memandangkan usia pembaca GT pun dah berubah maka penulisan pun kena berubah. Dulu pun MK agak skema, dan gua sendiri sebagai pembaca fikir apa jadah gua nak faham macam ni?

    Jadi dari situlah bermula evolusi gaya penulisan sampailah sekarang ni.

    Sekarang ni penulisan GT (atau lebih tepatnya gua) lebih formal/matang. Seni menulis dalam gaya bahasa macam tu lebih susah sebab dalam masa yang sama nak kena ada unsur humor.

    Tulisan GT sekarang ni juga banyak yang tersirat, kena read between the lines untuk tangkap maksud sebenar.

    Formula penulisan sekarang ni berbeza dan kalau berjaya, maknanya GT dah sampai ke tahap yang berbeza.

    Kemungkinan GT akan kehilangan peminat/pembaca tegar tapi gua lagi suka kalau GT dapat masuk ke bilik kelas, IPT dan sewaktu dengannya.

    Itu yang MK tak dapat capai lagi.

  22. HAHAHAHAHA…entri Hybrid nih

  23. Salam 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Peh.
    Salam GT dan Skru yang lain dan juga peminat GT.

    Kalau MK membuat karangan jenis Skema, sure Rating MK jatuh teruk, lepas tuh kena kutuk dan mencarut dari pembaca setia, lepas tuh beribu SMS kritikan pedas daripada pembaca MK akan mengutuk Mat Kacau n Da geng sebab penulisan gila skema. Jeng-jeng-jeng. nih semua salah Editor! Oppss…

    Ape bole buat, GT dan MK Ibarat Subaru dan Toyota. Cuma masing-masing ade formula tersendiri.

    Serius, senang citer, GT nih lebih menumpukan update berita Auto dari seluruh dunia, berbanding MK yang lebih fokus dengan modifikasi tempatan. Bila gua sebut modifikasi tempatan, maka kena ade lawak humor, poyo, giladas, laksam, 3 suku, soul dan pung pang tung tang.

    “Kemungkinan GT akan kehilangan peminat/pembaca tegar tapi gua lagi suka kalau GT dapat masuk ke bilik kelas, IPT dan sewaktu dengannya” Kata Encik Mad.

    Mad, biar gua terangkan, ini namanya aliran Mainstream. From Indie to Mainstream. Demi mainstream kita kena berubah. Tapi mainstream memang tak best langsung! Mainstream for rating and money. Indie is all about Passion and soul. No wonder semua follower Otai sudah lari! Kahkahkah….

    Yela, GT lebih fokus kepada Student dan golongan formal berbanding peminat tegar GT dimana semua jenis 3 suku kan? kan? Lepas tuh guna ayat skema ikut literasi bahasa dan ayat stendet sekolah. ye dak? ye dak? hahahaha.

  24. Stail dalam MK tu is a proven formula edy dude. Cuma gua risau, sebenarnya majoriti pembeli MK ialah pembaca setia. Memangla bagus tapi lagi bagus kalau dapat tarik pembaca-pembaca baru.

    GT boleh je nak jadi macam Speedhunters tapi dengan syarat kena ada backing $$$ yang kuatlah. Yang mana untuk pengetahuan lu orang, memang totally gua buat ni sebab passion.

    Gua harap gua boleh maintain lagi menulis untuk masa-masa akan datang..

Lu komen kat sini: