GSR Pennzoil – GearTinggi.com Taxi Ride!
Pada 19 Jun lepas, pemenang peraduan Rali GSR Pennzoil – GearTinggi.com diraikan dengan suatu yang menarik. Kesemua pemenang yang hadir dibawa menaiki teksi. Bukan sebarang teksi dan pemandu ianya adalah Mitsubishi Evolution 9 dan dipandu oleh juara rali tempatan, Gunaseeelan Rajoo. Sekutu datang seawal pukul 3 petang di litar tanah SIC dan pada masa yang sama dapat juga mencedok sebarang dua ilmu rali dari Guna yang sedang mengajar kelas rali. Tamat kelas lebih kurang pukul 6 petang enjin Evo 9 dihidupkan dan sekutu yang hadir nampak teruja dan berdebar-debar.

C27, Caparzo, Pendita Gila, Oye, Pelug semua dah sedia untuk pengalaman pertama [kecuali Oye] menumpang kereta rali. Saya merasmikan acara dengan menjadi penumpang pertama, sesudah tali pinggang disematkan di bahu dan pinggang tanpa banyak bicara Guna memecut Evo nya, debu bersepah berterbangan ke udara, kereta dipandu dengan laju dan saya dalam kokpit kereta bersepah ke kiri dan kanan. Sesudah 2 pusingan saya tersenyum gembira dan giliran diserahkan kepada sekutu lain. Seorang demi seorang mendapat nikmat menumpang kereta dan pemandu rali sebenar dan kesemua mereka keluar dari kereta dengan muka yang gembira, semuanya puas dan seronok.
Pemandu rali lain seperti Gina Finanza dan Magen juga turut bermurah hati dengan membawa penonton lain dengan kereta rali mereka dan saya fikir kesemua penumpang teksi amat berpuas hati dan pastinya pengalaman yang tidak boleh dilupakan.
Akhir sekali saya juga gembira kerana dapat mendedahkan kepada sekutu mengenai rali, saya sendiri pun tidak pernah bermimpi dan hanya setakat berangan-angan sahaja untuk mengadakan suatu seperti ini. Terima kasih kepada Gunaseelan Rajoo, UMW Pennzoil Sdn. Bhd., dan tidak dilupakan sekutu yang sentiasa menyokong GT.
Ada peluang kita buat lagi!
-Mak Uia-
Popularity: 10% [?]
Related posts:






















terbaik jo!!
gua syak sepat mesti bebulu baca entri ni…kehkehkeh
Terima kasih buat GT.com dgn sekutu dan juga GSR…Once in the lifetime experience…erkkk..en.sepat mane ek?
nanti lu orang follow kitorang lak buat taxi ride okeng.
best2….taniah la kpda sekutu2 yg dapat taxi ride tu, kepuasan terserlah di wajah masing2…
next Rally X boleh buat lagi. Termasuk juga free basic rally driving course
adehhh……………
kegembiraan terpancar di wajah
adoi jelous nye aku
Jeet,
Ok, later we plan
Keril,
Ada plan baik, emel je kitaorang, terima kasih!
Oye tu patut kena banned dari sebarang taxi ride..kui kui kui!
pergh….rugi2 btul gua…
best la korang..gua entah bila la…
gua mmg dah syak!@!!! dah lama gua tak jenguk blog ni dan dalam masa tu gua rasa serba panas.. rupa duk citer lagi taxi ride ni ciss.. takpe.. gua pasrah dan akur!..hehe
haha..akhirnya sepat muncul daripada pertapaan…
Sabar en sepat…sabar itu separuh drpd iman…
sampai hari nie gua masih dok cerita pasal taxi ride…kehkehkeh
alaaa……. sayangnye la x dapat naik taxi ride….. huhu…