Kia Optima Baru!

Kia Optima

Sambil menulis artikel ini saya juga menonton perlawanan badminton penentuan juara kumpulan antara Jepun dan Malaysia, Hafiz Hashim sedang ketinggalan 8 – 11 dengan Shoji Sato, saya tak tahu siapa yang bakal menang. Kalau kalah pun kita dah biasa, cuma kalau menang tu mungkin luar biasa. Hakikatnya saya sudah bosan dengan kekalahan negara tidak kira bidang automotif atau sukan dan paling utama sekali bolasepak. Dan dari duduk saja ada baik saya berbuat sesuatu menyumbang kepada negara dan saya fikir GT adalah satu ruang yang ada. Sebab itu adik-adik yang tengah belajar kena belajar betul-betul dan menyumbang kepada negara, bila negara maju secara automatiknya kita mempunyai kuasa dan bila dah berkuasa macam-macam kita boleh buat. Nak sebarkan ideologi atau fahaman pun senang.

Kia Optima

Kini seperti yang kita maklum, Korea sedang mengoncang kedudukan Jepun, dalam bidang apa pun mereka dah maju. China walaupun ada potensi besar namun ini bukan masa mereka lagi. Dalam bidang automotif, kumpulan Hyundai-Kia makin kuat melaksanakan agenda kemenangan mereka, bukan nak puji tetapi lihat saja pada model terbaru Kia Optima ini. Bergaya kan? Baru-baru ini saya nampak Hyundai Tucson terbaru, memang cun dan bergaya, harga pula murah dari Honda CRV. Kia Optima dilancarkan pada New York International Auto show dan menampilkan bahasa desain terbaru Kia.

Kia Optima

Direka di Studio Kia di Frankfurt, Jerman dan Irvine, California, Optima baru ini lebih panjang, lebar dan rendah berbanding model terdahulu. Untuk pasaran Eropah Barat, enjin yang ditawarkan ialah 2.0 liter CVVL petrol dan 1.7 liter VGT turbo diesel. Di Rusia dan beberapa negara Eropah Timur pula enjin yang ditawarkan ialah 2.4 liter MPI petrol berkuasa 178ps. Di pasaran lain, enjin yang yang digunakan ialah versi baru Theta II dan paling menarik sekali ialah enjin 2.0 GDI turbo berkuasa 278ps! Kotak gear untuk semua pasaran ialah 6 kelajuan manual atau automatik.

Ciri keselamatan Optima pula memang berbaris panjang seperti 6 beg udara, Lower Anchors and Tethers for Children [LATCH], Tyre Pressure Monitoring System [TPMS] untuk pasaran Eropah dan Amerika Utara, ABS, Electronic Stability Control [ESC], Traction Control System [TCS], Brake Assist System [BAS] dan Hill Assist Control [HAC] yang juga bergantung kepada pasaran mana ianya dijual.

Kia Optima

Pada saya, rasanya pasti rakyat Korea semakin berbangga dengan ‘duta’ mereka ini dan kita pula juga sudah lama berbangga dengan produk luar. Perjalanan kita masih jauh tapi tak apalah, sekurang-kurangnya kita berusaha. Ini bukan soal berbangga sahaja tetapi lebih dari itu, kita perlu berjaya seperti dulu-dulu. Katalah Hafiz Hashim kalah malam ini, kita belum benar-benar kalah lagi melainkan kita berhenti dari mencuba.

Foto: Newspress/Hyundai

-Mak Uia-


Klik Untuk Perkongsian Media Sosial //
  • Facebook
  • Add to favorites
  • PDF
  • RSS
  • Print

Muhammad

18 Comments

  1. kalau diperati, jangka hayat untuk kereta buatan negara Park Joo Bong ni semakin pendek..model Optima ni aja gua ingat dah silih bertukar ganti..

  2. tapi model ni klu kite tgk betul2 seakan-akan macam BMW pon ada…tapi memang betul laa..sekarang KIA sedang bersaing dalam pasaran tempatan..model ni memang betul2 cun laa

  3. korea berani dan sentiasa berusaha mencari idea baru..kadang kala tidak adil kita menidakan keupayaan dan kualiti kereta korea…mereka pon seperti malaysia,bermula degan teknologi ford/mazda(kia),mitsubishi(hyundai)..kalau di beri pilihan forte dan civic..saya akan pilih forte,kereta kia kini lengkap seba serbi dan harganya berpatutan jika dibandangkan dgn honda. Honda di malaysia hanya pandai menjual’H’at high price with High Problem….

  4. Wong Choon Han, Zakry & Fairuzizuan,Hafiz sumer kalah…hahahaha…hampehhh…

  5. carragher27

    jangka hayat kereta Korea pendek sebab mereka optimis dengan memperkenalkan model dan design baru. barulah ada evolusi. Tak macam sebuah syarikat otomotif utama di negara kita yang asyik nak berbangga dengan satu model yang sudah mencapai berbelas-belas tahun pengeluaran.

    Itupun bila tukar management,barulah nak keluar model terkini.

  6. lawa la optima bru nih…mantap..
    hafiz hashim kalah bkn sbb xterer main tp xsungguh2 main,japan ranking 200 pn leh mng ngn mlysia ranking 20..pe cerr??
    smgt nth pape ntah…tgok pn sakit ati jer..tgok lee chong wei main cmner la..mantap..wong choon han lg xbley blah..
    harap pnyokong je da smgt gler..player hampeh

  7. ex-Z2H
    faktor ROI mungkin menjadi penyebab kenapa syarikat otomotif tempatan tak berani nak melabur banyak untuk model baru. Sebab tu asyik ulang tayang kereta yang sama..dah macam Astro lak..asyik-asyik ulang cerita yang sama..

  8. malaysia tak le menang piala thomas kali nie….sume main cam taik…lembik…lembab…poyo je lebih…

  9. pehhh…respek…design superb…tp mcm obesiti pon ade…huhu

    gua sokong lu punye statement wahai kekanda uia
    org malaysia suke sgt JUMP TO CONCLUSION produk luar bgs
    padahal…kilang aku gak supliernye…

    reti kutok produk sendrije
    kritik xpe lg,membantu continues improvement
    ini x,membantut adela
    oh malaysian

  10. gua sokong podeh

    jename H, model FD2
    sebulan kluo showroom
    gearbox jahanam
    masuk woksop sebulan jugak
    sebulan lpstu
    crankshaft problem
    masuk lg wad sebulan
    ni dh buat hal lg
    mcm bunyi piston ring pon ade
    kesian spupu gua
    tula
    gua soh amik Exora xnk

    gua lbh rela power window yg jahanam

  11. kalau taknak produk sendiri kena kutuk, buat la pembaharuan. ni tidak, bendanya sama jer. dah mcm lauk kari kat kedai mamak. asyik ‘recycle’.

    at least produk luar pun tau ada evolusi…

  12. CEO baru proton kate nak kuar model baru tiap2 tahun,kite tunggu jela model pe yg bakal kuar,
    dngr cite Gen2 da stop production,Perdana V6, & Persona yg baru pun bakal stop production..!
    Tp pe2 hal nak juga tngok Proton kuarkan Putra Neo lak…!

  13. skang proton mmg dah berdaya saing…kualiti proton skang pon dah bgos tpi gua prasan orang slalu kutuk proton punye designlah..tpi gua rse proton punye desingn sume cntik2…cume mgkin org malaysia tak pnadai nak banding kete..kalu kate kete luar negare je msti sumenye ok…tpi tgok mcm vios bru…rupe???..mcm dugong gigi besi je…tu pon bertimbun kete tuh atas jalan…org malaysia tak bodoh..pandai tpi tak tau nak gnekan kepandaian…

  14. salam, aq bakal memandu optima…aq dh pandu iswara 1.5 ( teksi )…aq cuma tukar spring sv4 (potong) absorber kshowa (depan)…monroe (blakang)…perghhhhh…hebat sungguh beb! keta jadi berkuasa bile aq tukar minyak hitam semi sintetik mobil n minyak gear mobil setiap bulan…so…sebagai pemandu teksi yg dh pandu keta nasional ni…ISWARA 1.5 cukup tahan lasak…power…jimat, spare parts senang cari…br ke second ke..terpulang n seronok dipandu…cuma power steering jer x dok…puas hati jugak!

  15. Aku kompem akan amik kia optima baru ni..
    aku skarang guna kia optima model 2004…memang takde masalah langsung…
    aku respek kat kia sebab dia lakukan pembaharuan besar dgn mengambil audi punya chief designer dia sebagai kia punya chief designer yang baharu…kira baby dia yang pertama forte ler..

Kata Anda//