MRSC: Panduan Penonton!

Seperti yang dikempen sebelum ini, Kejohanan Rali Sprint KBS-Pennzoil AAM akan berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini, kehadiran penonton memang diperlukan sebabnya kalau selama ini kita asyik dengar dan komplen kenapa tidak banyak syarikat yang menaja sukan rali antara sebabnya ialah kurang penonton.
Hebat mana pun sesuatu acara tu apa lah gunanya kan kalau tak ada sambutan.
Satu hal dengan menonton rali ialah walaupun aksinya memang stim tapi penonton perlu bergerak dari satu tempat ke satu tempat, jadinya poster di atas boleh digunakan sebagai panduan penonton, kalau diperhati poster di atas kita boleh nampak jenis kereta yang bertanding dari Gen.2 ke Evo Sembilan hinggalah ke Kancil, dan peserta dari India hinggalah ke Hong Kong. Atas kertas memang MRSC ini menarik. Sekutu yang nak pergi boleh kumpul sekali dan kemudian telefon saya.
Klik poster untuk imej lebih besar dan untuk perkembangan semasa ke semasa klik: MRSC
Untuk gambar Rali Sprint musim 2009, klik di sini!
-Mak Uia-
Popularity: 7% [?]
Related posts:












Erm…gua tak sure lagi leh pegi ke tak ni?…
sure kan…
x leh g x da Gangz
i sure