Sokongan PM Untuk Kejohanan Rali Sprint KBS-Pennzoil AAM

Pusingan pertama Kejohanan Rali Sprint KBS-Pennzoil AAM mendapat sokongan tertinggi negara apabila bakal dilancarkan oleh Perdana Menteri, YB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada Sabtu ini. Perlumbaan tersebut diadakan selama dua hari di sekitar Litar Antarabangsa Sepang [SIC] dan ladang kelapa sawit berhampiran.
Dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Ahmad Shabery Cheek dua minggu lepas, kejohanan dengan tajaan UMW Pennzoil Distributors Sdn Bhd sudah mempunyai 30 penyertaan yang terdiri dari muka baru dan lama dunia rali tempatan dan luar negara seperti Andrew Miller, warga Kanada yang menetap di Hong Kong dan Lohith Urs dan Sanjay Takle, juara Rali India. Cabaran mereka bakal disambut oleh jagoan rali tempatan, Saladin Mazlan dari Pasukan Rali Felda.

Keunikan rali ini ialah peringkat perlumbaan yang diadakan pada waktu malam pada hari Sabtu dan kemudian bersambung pada siang hari Ahad. Selain dari itu, format rali adalah seperti pertandingan luar negara di mana dua buah kereta akan dilepaskan secara serentak di dalam litar yang sama yang pastinya akan memberi pengalaman baru kepada peminat dan peserta rali. Kejohanan yang turut dirancang untuk mencari bakat baru sukan rali akan disertai oleh 10 pasangan pelumba dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan yang dinamakan sebagai Pasukan Rali 1Belia 1Malaysia. Pasukan tersebut mendapat tajaan pengangkutan dan penginapan dari penganjur, Pennzoil dan GSR Motorsports dan akan dilatih dan digilap untuk bertanding dalam rali tempatan dan luar negara.
“Kami menerima banyak respon positif dan kami sangat teruja untuk menganjurkan program ini. Lebih banyak pasukan dan penaja melabur dalam kejohanan ini bermakna peluang yang cerah buat pemandu baru untuk mereka terlibat dengan lebih serius pada masa akan datang,” kata Pengarah acara, Gunaseelan Rajoo dari GSR Motorsports. “Dengan pelbagai model kereta seperti pacuan empat roda turbo dan kereta yang hampir standard dan juga acara yang mesra penonton pastinya semua yang terlibat akan merasa seronok. Penonton juga dapat merasa secara dekat perasaan dan cabaran yang dihadapi pelumba dan saya berharap para peminat sukan permotoran tempatan akan sama-sama menyokong acara pada Sabtu dan Ahad ini,” tambah beliau.
Kejohanan bermula pada pukul 6.30 petang hingga 8.30 malam Sabtu dan bersambung pada pukul 9.00 pagi hingga 2.30 petang Ahad.
Teks: GT Foto: GSR Motorsports
-Mak Uia-
Popularity: 6% [?]
Related posts:









er, ada sekutu yang lain nak pergi tak?
Alamak…malam ler pulok…camne gua nak pegi ni?
best best…..nice write up bro
gua x balik min…aduhhh time2 x balik plak ada even…gua nak kene g ujung bulan ni
baru la best de sokongan cmni?asyik labur juta2 kt badminton n bolasepak je tp hasil xseberapa wtpe?renung2kn lah Dato2 semua eh…