WRC: Jordan 2010, Ford Podium!

WRC 2010

Budak hari lahir – Jari-Matti Latvala menyambut hari lahir yang ke 25 hujung minggu lepas dengan hadiah dari diri sendiri. Beliau menduduki podium di tempat kedua pada Rali Jordan dengan kereta Ford Focus RS WRC. Di tempat pertama ialah Seb Loeb yang entah berapa kali dah jadi juara.

Keputusan Latvala ini telah melonjak kedudukannya di atas rakan sepasukan BP Ford Abu Dhabi World Rally Team, Mikko Hirvonen yang turut menggunakan jentera sama. Mikko tidak bernasib baik dan menamatkan perlumbaan di tempat ke 20 selepas terbabit dalam kemalangan semasa leg sebelumnya.

WRC 2010

Untuk pengetahuan sekutu, Rali Jordan dianjurkan berhampiran dengan Laut Mati dengan 420 meter di bawah paras laut yang juga merupakan titik paling rendah bumi. Perlumbaan dengan 21 SS ini merangkumi jarak sejauh 339.48km. Latvala mendominasi perlumbaan pada hari Jumaat dengan jurang 30.2 saat di hadapan pesaing terdekat dan pada Sabtu beliau pemandu pertama di grid, walaubagaimanapun kedudukan tersebut telah meragut kepantasannya apabila beliau dengan sukarelanya menjadi tukang sapu trek yang berdebu seterusnya menyenangkan kerja pemandu pesaing, akhirnya beliau tamat di tempat ketiga.

WRC 2010

Pada hari seterusnya, beliau bermula di tempat keempat manakala Seb Loeb di tempat kedua. Latvala cuba juga untuk menyerang tapi menyerah selepas 2 kejadian hampir kemalangan dan lebih elok di tempat kedua daripada buat muka tak puas hati duduk bawah khemah tengok Loeb dapat hadiah.

Pada pusingan ini juga menyaksikan Kimi Raikkonen menghadiahkan mata kepada timnya apabila mendapat tempat kelapan. Seorang lagi pemandu sensasi iaitu Ken Block tidak berlumba.

WRC seterusnya adalah Rali Turki pada 15 hingga 18 April depan.

2010 Rally Jordan

Keputusan Rali Jordan 2010:

1. S Loeb/D Elena, Citroen C4

2. J-M Latvala/M Anttila, Ford Focus RS

3. P Solberg/P Mills, Citroen C4

4. D Sordo/M Marti, Citroen C4

5. M Wilson/S Martin, Ford Focus RS

Foto: Ford

-Mak Uia-


Popularity: 6% [?]

Kongsi Ramai-Ramai!:
  • Print
  • Facebook
  • Twitter
  • Google Bookmarks
  • Add to favorites
  • Google Buzz
  • MySpace
  • PDF
  • RSS

Related posts:

  1. WRC Mexico: Sebastien Loeb Juara!
  2. WRC Sweeden: Hirvonen Juara!
  3. Ford Focus Generasi ke 3: Smart lah!
  4. Ford dan Ken Block dah Into!
  5. Ford Focus RS500!

3 Komen lu orang:

  1. first…

    akhirnya…ada orang lain yang menang rally ni selain mamat Perancis tu…

  2. 2nd hehehehheehe

  3. wa ada cite lagi best…

    Subaru kembali ke WRC!!!!

Lu komen kat sini: