Archive for April, 2010

Video: Honda Civic Main Rali!

Dalam arena rali tempatan, memang jarang kita nampak atau memang tiada langsung Honda Civic berlumba. Dengan lantunan kuasa tinggi, enjin VTEC sesuai untuk mencatat masa baik dari satu selekoh ke satu selekoh. Kepada VTEC mania di luar sana, jemput tonton Honda Civic EG  yang dipandu oleh Damien McCarthy semasa West Cork Rally 2010, Mac lepas. [...]

VW Touran

Touran adalah jawapan bagi peminat VW yang berkeluarga. Jika si bapa memandu Golf ke tempat kerja, seisi keluarga pula boleh dimuatkan dengan Touran. Baru-baru ini model baru Touran diperkenalkan di Leipzig Motor Show. Dengan rekabentuk yang segar dan enjin petrol dan diesel yang efisien ianya dijangka akan mengekal reputasi model yang sehingga kini telah terjual [...]

WRC: Jordan 2010, Ford Podium!

Budak hari lahir – Jari-Matti Latvala menyambut hari lahir yang ke 25 hujung minggu lepas dengan hadiah dari diri sendiri. Beliau menduduki podium di tempat kedua pada Rali Jordan dengan kereta Ford Focus RS WRC. Di tempat pertama ialah Seb Loeb yang entah berapa kali dah jadi juara. Keputusan Latvala ini telah melonjak kedudukannya di [...]

Baii: Ducati Hypermotard 796

Bersempena dengan majalah Gear Tinggi yang akan keluar tak lama lagi bagi menyaingi Mempelam dan Pendekar Laut, tiba-tiba gua redah semua event. Biasa pergi event layan minuman lembut dengan kepak ayam saja. Tapi entah kenapa gua rasa terpanggil mengemaskinikan berita automotif semasa, rajin pula bawak kamera berteknologi rendah. Dah lama gua tak melibatkan diri dalam [...]

Baii: Gua Tengok je Proton Satria Neo R3 Lotus Racing

Seperti yang digembar gemburkan oleh Matpon (adik Mat Kacau tapi tak mengaku), gua test kereta ni semalam. Seperti yang diberitahu oleh pihak Media relation Proton yang sepanjang tahun tukar orang berapa kali pun gua tak tau, jadual gua test pukul 4.30- petang. Group 3. Awal-awal lagi gua dah SMS Rosyam Nor ajak datang test sekali. [...]

Baii Dah Cuba!

Yeah, Baii dah cuba kereta ni. Keh keh keh. Encik emel tak cukup setem nak hantar kat gua lagi. -Matpon-

Baii: BMW X1

Gua ingat nak tulis macam chedet lagi senang, pakai nombor-nombor. Tak payah buang masa pikir susun ayat amacam?

Video: Chevrolet Cruze WTCC!

Membina kereta lumba secara profesional memang payah. Banyak tenaga, masa dan duit yang diperlukan. Sebabnya bukan sahaja kereta kena laju tapi perlu tahan lasak. Taruhan juga tinggi sebab jutaan orang yang menonton. Video yang ditunjukkan di atas memang barang baik [good stuff], bagaimana Chevy Cruze  WTCC di pasang bermula dari chasis kosong sampailah siap untuk [...]

SUPER TAIKYU MOTEGI 2010: PETRONAS Podium 1 – 2!

Momentum kemenangan PETRONAS Syntium Team [PST] semasa perlumbaan 24Hours of Dubai pada Januari diteruskan dengan kejayaan di pusingan pembukaan Super Taikyu Endurance Series [STE] musim 2010 pada 29 Mac lepas. Pusingan tersebut yang berlangsung di litar Twin Ring Motegi menyaksikan kemenangan 1 – 2 untuk PST.

Majalah KERETA 124!

Serius gua tak tipu MK bulan ni banyak kereta baik. Evo lah, Neo lah cuma Veyron je tak ada apa kes tah. Gua dah malas cakap kat Baii. Dia bukan nak dengar cakap gua. Mentang-mentang lah gua belajar sekolah tinggi 4 tingkat.