Archive for April, 2010

Video: Padeli Penggoda

Kalau lu orang nak tau skru GT ni kerja macam-macam. Ada kerja jurujual IT, menulis tanpa gaji, pemandu Forester, budak sekolah sepenuh masa kadang-kadang petik gitar. Gua pulak kerja rilek, heh heh heh. Musim panas macam sekarang elok cari air kelapa sambil layan band tak ada cita-cita nak masuk mempelam. -Matpon-

Volvo FM: Kita Main Trak Tangki!

Di atas lebuhraya, setiap kali nampak trak syarikat petroleum memang saya suka perhati sebab teknologi yang ada kadang-kadang lebih maju dari kereta penumpang dan pemandu yang rata-rata sopan walaupun trak tersebut boleh memecut laju. Traknya juga dijaga elok, rim berbelas roda cantik berkilat.

Video: Ferrari 599XX

Gua tak tau pulak Ferrari ni bunyi dia macam Vtec perang. Diulangi. Vtec perang ok bukan Myvitec Sepat not made in Rawang made in Jepang but made in Siam. Speaker kasi bukak paling kuat pastu pakai wallplug kat telinga ok. Wreng..wreng…wreng. Sepat jangan lupa today is Jumaat. Babai. Sumber:Youtube/Autoblogvideo -Matpon-

Hyundai i30: Kereta Paling Memuaskan Hati di Britain!

Kita selalu dengar atau merasai sendiri pengalaman memiliki kereta Korea dan saya yakin banyak yang negatif berbanding positif. Sejak kebelakangan ini, Hyundai Motor Co. yang ditubuhkan pada tahun 1967 semakin agresif dalam pemasaran produk mereka, pelbagai model dengan desain hebat muncul sepanjang tahun dan nampaknya kualiti produk mereka turut mengalami perubahan positif.

Selingan Mata [16]

Masa gua kecik memang respek sama brader naik motor tade graviti ni. Motor dia tade magnet tu yang tak jatuh tu. Dah tade ke orang nak buat stunt macam gini? Macam ni punya gaya gua rasa orang tak benci pada rempit dah. Patut jadi ko-ku budak sekolah ni. Kerjaya profesional ni ok. Kalau ada yang [...]

Rally X: Pusingan 1, Ivan Khong Juara!

Tanpa sukan permotoran akar umbi, mana-mana sukan permotoran adalah lesu. Jadi, amat penting untuk organisasi atau badan yang berkemampuan untuk menyokong aktiviti akar umbi. Hakikatnya semua pelumba hebat di dunia lahir dari program kecil-kecilan sebelum mereka melangkah jauh dan menjadi pelumba profesional. Dan ini adalah antara sebab lahirnya siri Rally X dan RallySprint, memberi peluang [...]

Video: Nissan Sentra SER Mainan!

Oklah geng. Selamat bekerja untuk diri gua sendiri. Gua tujukan video ni pada geng resing mengesot ok. Bagus video ni, gua pun tak faham. Yang gua dapat pikap dia nak promo Nissan SER tapi guna kereta mainan. Kreatif brader/minah yang buat video ni. Taking care. -Matpon-

Mazda3 Menang Ward’s Interior of the Year!

Saya bukan nak bias, tapi bila terserempak dengan model Mazda terkini memang sukar untuk kita  tak jatuh cinta. Desainnya memang lari dari buku sifir kereta Jepun. Dan baru-baru ini buat kesekelian kalinya MAZDASPEED3 [Mazda3] memenangi anugerah dan kali ini giliran imteriornya pula. MAZDASPEED3 memenangi 2010 Ward’s Interior of the Year for Best Brand Expression.

Jari-Matti Latvala Pandu Ford Dalam 24 Jam Nurburgring!

Pemandu WRC Ford, Jari-Matti Latvala akan menyertai Veranstaltergemeinschaft Langstreckenpokal Nurburgring [gila panjang!] atau bahasa ringkasnya perlumbaan tahan lasak Nurburgring 24 jam pada 15 – 16 Mei akan datang. Pemandu BP Ford Abu Dhabi World Rally Team yang memenangi 2 rali dunia sepanjang kariernya akan memandu Ford Focus RS. Latvala akan memandu bersama 3 lagi pemandu [...]

Lexus LFA Nurburgring

Meraikan penyertaan LFA dalam perlumbaan 24 Jam Nurburgring pada Mei, Lexus telah melancarkan pakej prestasi baru untuk pelanggan yang mahukan kereta spesifikasi litar atau bahasa pasarnya, hardcore. Pakej Nurburgring mempunyai penambahan ciri-ciri aerodinamik dan perubahan teknikal yang menambahbaik pengendalian dan downforce tanpa kompromi terhadap kelajuan dan kepantasan yang merupakan tonggak karakter pemanduan LFA.