MR10: Harapan Tinggi Untuk Trio GSR Pennzoil!
Harapan tinggi buat pasukan GSR Pennzoil Racing dalam Rali Malaysia 2010 [MR10] esok. Pusingan pertama Kejuaraan Rali Asia Pasifik [APRC] dan Kejuaraan Rali Malaysia [MRC] dilancarkan hari ini di Kompleks Membeli belah Angsana, Johor Bahru. Trio pasukan GSR Pennzoil Racing terdiri daripada juara rali tempatan dan antarabangsa, Karamjit Singh dan jurupandu arah, Jagdev Singh, pemandu kedua, P. Nandakumar dan jurupandu arah, Suresh Parkash Sharma dan muka baru rali tempatan, Faidzal Alang dan jurupandu arah, Hazwan Fauzi.
“Tempat pertama dalam kelas!, saya harap mereka dapat memenangi kelas masing-masing dan saya amat gembira dengan penaja, mereka banyak menolong kami sebelum ini dan kini mereka menyokong kami dalam acara antarabangsa dan jika pemandu beraksi dengan baik, kita dapat lihat bukan sahaja Karamjit tetapi lebih ramai pemandu akan turut dihantar bertanding dalam pertandingan antarabangsa lain kelak,” kata Gunaseelan Rajoo, Ketua Pasukan GSR Pennzoil Racing.
Kejuaraan rali kali ini berlangsung di Kota Tinggi di mana pemandu akan mengharungi jalan tanah merah ladang kelapa sawit dan laluan sempit. Karamjit akan memandu Mitsubishi Lancer Evolution 9 dan akan bertanding dalam Piala Asia APRC manakala dua lagi pemandu, Nanda dan Faidzal masing-masing akan berlumba dalam kelas P11 [1600cc ke atas] dan P10 [1400cc ke atas] MRC.
Teks&Foto: GT
-Mak Uia-
Popularity: 7% [?]
Related posts:









gud luk tok semua pelumba
harap maaf karamjit retired seawal ss1 rasenye.. gua layan shoot race tadi.. kureng sket ah dari sebelum.. tapi neo s2000 mmg true.. bunyi die bukan main sedap!
Go Flying Sikh…Go …Go…Power Renjer
Bunyi Neo S2K tu memang garing!!
IDOP KARAM!!!!!!!!!
KARAM APA???
KAPAL KARAM kot..