GSR PENNZOIL RACING TEAM BERSAING DALAM ASIA CUP 2010!
GSR Pennzoil Racing Team sudah bersedia untuk mengulangi kejayaan tahun lepas. Mengetuai barisan pemandu tidak lain tidak bukan ialah juara bertahan MRC dan pemandu utama tim, Karamjit Singh. Beliau akan disertai P.Nanda Kumar sebagai pemandu kedua dan Faidzal Alang sebagai pemandu ketiga dalam misi pemburuan kemenangan dalam Kejuaraan Malaysia untuk kali ketiga berturut-turut di bawah Pennzoil.
Tim bukan sahaja mensasarkan untuk mempertahankan kejuaraan di samping kemenangan kelas masing-masing sepanjang 4 tahun lepas malahan mencari tapak dalam rali antarabangsa. Untuk kali pertama, tim akan bertanding dalam rali antarabangsa iaitu Asia Pacific Rally Championship [APRC]. Pemandu rali Asia paling berjaya, Karamjit Singh akan bertanding dalam Asia Cup di Malaysia di bawah entri wild card selepas mendapat kelulusan dari AAM dan FIA.
Prinsipal tim, Gunaseelan Rajoo yang akan kurang memandu musim ini akan menumpukan dalam aspek lain rali. Beliau akan menumpukan perhatian dalam mempersiapkan tim untuk peluang yang lebih besar seperti perlumbaan antarabangsa. Selain dari itu, beliau juga akan membangunkan pelapis pemandu rali melalui penganjuran perlumbaan rali skala kecil dan program tersebut mendapat sokongan dari Kementerian Belia & Sukan dan UMW Pennzoil Malaysia.
“2010 dijangka akan menjadi tahun mencabar untuk GSR Pennzoil Racing Team dan saya mengambil keputusan untuk fokus kepada pengurusan dan strategi pasukan kerana kami ingin melebarkan sayap bukan sahaja di peringkat kebangsaan malahan di arena antarabangsa seperti APRC. Sejak berlumba rali dari tahun 1995, saya ada banyak untuk disumbangkan kepada pembangunan sukan ini dengan memperkenalkan pesaing baru dan acara yang boleh disertai. Oleh itu saya memandang ke hadapan untuk tahun yang hebat dan produktif,” kata Gunaseelan sambil menambah para peminat mungkin akan dapat melihat beliau memandu pada perlumbaan-perlumbaan akan datang, jika ada keperluan.
Pengurus Besar UMW Pennzoil Distributors, Encik Ruslan Abdul Ghani, memuji dan mempunyai harapan besar untuk tim. “Saya mengucapkan tahniah kepada tim di atas prestasi yang menakjubkan pada musim 2009. Walaupun kami menjangkakan akan menerima saingan sengit pada musim 2010, saya percaya kami ada kelebihan, dari segi pengurusan, pemandu berpengalaman, kereta yang hebat, pelincir berteknologi tinggi kami yang berkualiti tinggi akan memberikan kelebihan berbanding pesaing lain di samping tim Pennzoil yang berdedikasi. Ianya menjadi hasrat kami untuk mengekalkan trofi dan saya percaya kami di landasan yang betul,” kata Encik Ruslan. Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada penyertaan penaja lain, Cusco Malaysia, Yokohama Malaysia [YHI], Firefly dan Cetak selain sokongan penuh dari UMW Group.
Dengan segala perkembangan di atas, peminat rali pastinya akan menyaksikan suatu yang menarik tahun ini bersama GSR Pennzoil Racing Team. Dengan barisan pemandu dan jurupandu arah yang berpengalaman dan berkemahiran kini tiada halangan untuk berjaya buat pasukan yang dinamik ini.
Teks: GT & GSR Pennzoil Foto: GT
-Mak Uia-
Popularity: 8% [?]
Related posts:









1st… perhhh laszat 2 karamjit bawak evo sapuloh
mat kau tak nak join rally ke…
dia tau bwk tiara je
peh cantik wey evo x penzoil ni…nk pinjam ???..hahaha
So…biler TAXI ride nyer?
gua lagi minat design evo9 yg dulu..
CaparZo
sabar bro.. bulan 5.. plastik muntah jangan lupa stenbai..
Kereta EVO X = Gila power..
Design Kereta EVO X Penzoil = Gila Abeng..
Taun lepas punya design nmpk lagi laju..
waaaaa…evo x la pulakkk!!!!!!
buruk ahhh….
karamjit ada borang x g??nk bag karam sim walia join gak..sian kat dia asik dok tepi longkng ja…nk msuk rally team gak..
Min…
Bulan 5 bape ari bulan sbb gua 7-9hb May gi Penang ade company trip…Jgn date yg sama udoh…
CaparZo
nanti gua try tilik..bila tarikhnya..
Gua tgh bertafakur fikir mcmana rupa evo 11.
mak uia tak turun JB ke tahun ni?
marilah berpiknik dalam kebun sawit
ex-Z2H
Gua insyaAllah pergi kalau dapat bilik, sekarang ni tengah cari siapa yang nak tumpang @ Jumaat pagi sebab Bard KERETA tak dapat pergi.
Nanti jumpa JB, bawa gua makan tempat best ok!
ape citer ngan peraduan pennzil tahun lepas tu…senyap jer
hadiah pun takder..
mad thx~
mak UIA,
tarahal bro..
ermmm.. keta dah ok.. cuma design jer tak berape nampak ok..
sorry to say.. bukan gua nak kutuk geng sendiri..
tapi gua rasa tak nampak professional lah design macam tue..
so sorry geng.. gua bagi pendapat jer.. lu jangan ban gua plak kat rally outing.. hahahha