Archive for March, 2010

Video: Proton Emas & Lotus Range Extender Engine!

Rasanya melalui beberapa siri entri tentang Proton Emas dan Lotus Evora, sekutu semua dah biasa dengan sistem hybrid Lotus. Seperti yang kita maklum enjin Lotus Range Extender membekalkan kuasa pengecasan bateri dan kuasa pada motor elektrik untuk menggerakkan kereta. Untuk pemahaman yang mudah, Lotus Engineering telah menghasilkan 2 video yang meringkaskan penerangan sistem hybrid tersebut. [...]

Toyota FT-86 = Celica, MR2, Supra, AE86

Semakin banyak masa berlalu semakin lupa kita tentang warisan, ini bukan mengenai rasis atau sewaktu dengannya tetapi mengenai tujuan asal sesuatu perkara. Sebagai contoh, GT pada awalnya hanyalah blog yang cuba untuk lari dari kelaziman. GT muncul di celah blog lain berbahasa Inggeris yang mewujudkan ruang vakum untuk blog dengan medium bahasa kebangsaan wujud. Industri [...]

Carmony.co.uk: Toyota tak Jatuh pun!

Lu orang mesti perasan skru GT kecuali Amid semua tak berapa into dengan Toyota. Apa kes gua pun tak tau. Tapi gua layan je tapi mana nak sama dengan Bugatti. Lu orang tau kan kereta Toyota berjuta kena panggil sebab rosak paddle minyak tapi gua nak bagitau jualan Toyota tak ada jatuh pun, makin naik [...]

F1 Bahrain 2010: Alonso Juara!

Perlumbaan pembukaan F1 di Bahrain menyaksikan 7 daripada 24 pelumba tidak menamatkan perlumbaan [DNF]. Dan dalam senarai pelumba DNF tersebut ialah Timo Glock dan Lucas di Grassi dari tim Virgin Racing. Fernano Alonso dan Felippe Massa menghadiahkan kejayaan berharga buat Ferrari dengan kedudukan 1 – 2.  Tempat ketiga dimenangi oleh Lewis Hamilton dari tim McLaren [...]

Surrey Bandar Paling Banyak Lubang Di UK!

Baru-baru ini saya ada terfikir nak buat entri tulis – Memandu di KL macam berlumba di SS rali. Kereta saya setiap kali pergi buat jajaran & imbangan [alingment & balancing] memang wajib 1 atau 2 rim kena ketuk. Pernah sampai 3 sekaligus kena ketuk. Saya fikir benda macam ini hanya berlaku di negara membangun sahaja. [...]

Lucciola: Macam Pernah Tengok kan?

Macam pernah tengok kan kereta ini?

Video: Pejalan Kaki Selalu Kena!

Sekarang ni walaupun cuaca panas tapi petang-petang selalu hujan. Gua kesian pada Mat Kacau Bilau naik RXZ balik kerja. Harapkan Proton Tiara memang gagal. Hari tu gua ada balik rumah tak semena-mena gua kasi simbah air hujan sama orang jalan kaki. Bukan gua sengaja, gua pun tak nampak. Bila gua tengok video ni teringat pula [...]

Lotus Evora 414E Hybrid Concept

Lotus semasa Pertunjukan Kereta Antarabangsa Geneva baru-baru ini memperkenalkan Lotus Evora 414E Hybrid Concept, model berprestasi tinggi yang menggunakan enjin hybrid. Model ini berkuasa 414ps, kelajuan pegun ke 97 km/j bawah 4 saat dan gear 7 kelajuan!

Ralliart Tutup Kedai!

Tak perlu cerita kehebatan Ralliart. Ralliart di mana-mana. Ada di setiap model prestasi Mitsubishi dan juga Proton. Di Perodua Kancil pun ada pelekat Ralliart. Di kereta Honda pun ada pelekat Ralliart. Ralliart adalah jenama yang besar. Dan semalam, Masao Taguchi, Presiden Ralliart mengumumkan penala lagenda tersebut akan menamatkan operasi.

Kereta Untuk Majalah: GQbyCITROEN

Gua tuju entry ni kasi Sepat sebab gua syak dia memang suka baca majalah GQ. Dia selalu kutuk gua belakang-belakang. Tapi jangan risau gua tau lu memang ‘lelaki’ sejati. Kacak juga kereta Citroen ni. Kereta ni hasil kerjasama majalah GQ dengan Citroen sebab tu dia dapat nama GQbyCITROEN.