Honda Civic Type R MUGEN 200!

346856_150210hon

Honda Civic Type R adalah produk berprestasi keluaran Honda. Dan setiap produk Honda tidak kira apa model pun pasti akan ditala kembali oleh MUGEN. Seperti yang sekutu lihat di atas, model tersebut adalah Civic Type R MUGEN 200 dan seperti namanya hanya 200 unit sahaja akan dipasarkan kepada umum.

Honda Civic Type R

Ditala oleh MUGEN, Civic Type R MUGEN 200 ini dilengkapi dengan kit badan unik, rim dan lencana untuk penampilan yang lebih ekstravaganza. Selain dari enjin i-VTEC yang berkuasa 201ps, kelengkapan MUGEN 200 adalah seperti berikut:

  • Skirt sisi, bampar depan dan belakang ekslusif MUGEN
  • Rim 19 inci dengan desain ‘Ligthning’
  • Logo MUGEN di bonet belakang
  • Plak nombor siri MUGEN
  • LSD
  • Cermin belakang hitam kilat
  • Opsyen penalaan pengendalian

Penghasilan MUGEN 200 adalah kesinambungan kerjasama antara Honda [UK] dan MUGEN Euro, subsidiari dari MUGEN. Tahun lepas, MUGEN dengan pengalamannya selama 36 tahun dalam sukan permotoran global telah menambahbaik Type R ‘standard’ dan menawarkan kepada pasaran, 20 unit edisi terhad buatan tangan Type R Mugen.

Selain dari itu MUGEN 200 juga dilahirkan sempena pelancaran tim BTCC Honda untuk musim 2010. 2 buah Civic akan menggunakan skema warna Putih dan Hitam sama seperti MUGEN 200.

Sumber: Newspress/Honda UK

-Mak Uia-

Klik Untuk Perkongsian Media Sosial //
  • Facebook
  • Add to favorites
  • PDF
  • RSS
  • Print

Muhammad

22 Comments

  1. kalau ikut uk punye test,type r ni dah lost their spirit..type r EK gak yang paling best..katenye..tapi sekarang wira pon dah ade type r jugak..hmmm..kancil lagi la melambak..

  2. ni Type-R Swindon UK mali…tak pasti lepas ke tak masuk Mesia….

    ubai, keta ni dah masuk market Jepun awal tahun ni la…satu2 nya Honda bukan buatan Jepun yang masuk pasaran mereka…

Kata Anda//