Chevrolet Spark: Supermini ‘Cute’ Dari Korea!

Chevrolet Spark

Chery QQ kalau sekutu perasan memang serupa dengan Chevrolet Spark atau Daewoo Matiz.  Dan dua model tersebut memang kontroversi sampai naik mahkamah, saya tak pasti apa keputusannya tapi kalau di negara kita, dua-dua model tersebut dijual dan dua-dua model tersebut tak laku. Tanpa berlengah masa dan tidak perlu fikir panjang, GM/Daewoo memperkenalkan Chevrolet Spark 2010. Memang moden dan jauh berbeza dengan model lama dulu yang besar sikit dari Perodua Kancil.

Chevrolet Spark: Supermini 'Cute' Dari Korea!

Pengguna zaman sekarang ini hendakkan kereta yang praktikal, kompak, bergaya dengan harga berpatutan atau nama industrinya adalah kereta mini atau supermini. Dan memang menjadi kewajipan setiap pembuat kereta kena ada kereta mini dan supermini, walaupun Proton Savvy tidak berapa berjaya dalam negara tetapi di luar negara ianya mendapat sambutan, saya rasa lebih banyak Savvy dijual berbanding abang-abang dan adiknya yang lain. Dan berdasarkan pemerhatian saya di Bandung baru-baru ini lebih banyak Proton Savvy dipandu berbanding Perodua MyVi/Daihatsu Sirion. Proton Wira memang bersepah buat stok teksi.

Chevrolet Spark adalah model yang makin menolak sempadan segmen supermini, desainnya memang luar dunia. Biasa kalau kita perasan kereta segmen ni bentuknya comel dengan garisan lembut. Tapi Chevy Spark ini tampil dengan garisan-garisan keras macam orang tengah marah. Digayakan dan dibangunkan oleh tim muda dan dinamik seluruh dunia ianya bakal dijual di seluruh Eropah, Australia, Korea, Amerika Syarikat dengan lebih 100 negara secara total.

Di Itali iaitu pasaran terbesar Chevy di Eropah Barat, lebih 50 peratus kereta terjual adalah dari segmen A dan B [mini dan supermini] manakala di Perancis dan United Kingdom pasaran 2 segmen tersebut melebihi dari 30 peratus.

Chevrolet Spark

Terdapat 2 jenis enjin yang bakal digunakan pada Spark iaitu 1.0 liter dan 1.2 liter. Bloknya diperbuat daripada besi acuan dan kepala alloy, DOHC 16 injap dengan komplian Euro 5.Enjin 995cc menghasilkan 68ps pada 6400 rpm manakala enjin 1206cc menghasilkan 81ps dan tujahan 111Nm pada 4800 rpm. Kotak gear pada kedua versi enjin adalah manual.

Chevrolet Spark

Dari segi aspek keselamatan, Spark ini boleh tahan juga dengan 4 bintang Euro NCAP. Selain dari itu ianya turut dilengkapi dengan Electronic Stability Control [ESC] dan juga ABS – EBA. Dari segi struktur badan, lebih 66 peratus menggunakan high-strength steel dengan 16.5 peratus ultra-high-strength steel pada bawah badan, tiang depan dan tiang tengah kereta. Setiap unit standard didatangkan dengan 6 beg udara.

Chevrolet Spark

Chevrolet Spark

Chevy Spark dikilangkan di Korea Selatan dan kemudiannya di India dan Amerika Syarikat. Harga model paling asas adalah GBP 6,945 yang boleh tahan murah untuk kereta yang desainnya ekstravaganza macam ini.

Sumber: Newspress/Chevrolet UK

-Mak Uia-

Ps: Chevy Spark/Daewoo Matiz generasi pertama direka oleh Giugiaro untuk Fiat dan GM mengambil desain tersebut selepas Fiat ‘ga mau!

Popularity: 9% [?]

Kongsi Ramai-Ramai!:
  • Print
  • Facebook
  • Twitter
  • Google Bookmarks
  • Add to favorites
  • Google Buzz
  • MySpace
  • PDF
  • RSS

Related posts:

  1. RVR: Suv Baru Dari Mitsubishi!
  2. Kia Forte: Lagi Murah Dari Vios, City!
  3. F1: Dari 4 Pasukan, Mercedes Berjaya Pikat Petronas!
  4. Tahukah Anda, Kereta Pasaran Tempatan Mahal Dari Pasaran Amerika?
  5. Kereta Konsep Bandar Proton!

17 Komen lu orang:

  1. Gua 1st…Hahaha…Cute…Pompuan sesuai la kot…

  2. no komen..

  3. mmm…klu murah msti laku….tapppiiiii…..msti viva lg laku…

  4. smart…comey…kiut…
    bubuh hidung Boon X4..
    rim besar gedabak..wide body…
    brtukar jd resaksa..

  5. keta ni untuk awek pakai jer kot ..

  6. Rakyat satu malaysia tetap akan beli Perodua..
    Xtau nk kata apa dh..

  7. gua dh ckp
    savvy tu superb!!!

  8. x lawa

  9. aper hargenyer klu kt malaysia nih…

  10. Setau wa, Chery menang kes saman Chevrolet tu…

  11. Ye ke, sebab tu gua suka Veyron, tak ada tiru sapa2. Heh heh heh.

  12. 6 airbag? peehhhhhhhh…….

  13. Tak guna 6 airbag…Kalo eksiden ngan treler confirm penyek punyer la…

  14. comel tp ganaz…

  15. kalo bawak macam setan pon tak guna jugak airbag tuh..
    hehehehe..

  16. belalang_kontot

    cube bagi kete ni kat wan ganazz…
    tgk ape die ngn geng 3 suku die leh wat…
    hehe…

  17. ini x lawa la… kenapa die buat tinggi sangat chevy nie… aku kurang minat la…
    elok lagi chevy aveo yang lama tu… nampak mini sport lg….
    dah kering idea orang euro nie..

Lu komen kat sini: