Ford Focus RS500!

RS500_22

Memang bergaya. Ford Focus RS500 adalah kemuncak kepada Ford Focus RS di mana edisi ini merupakan ‘petanda’ Focus generasi semasa akan ditamatkan dan bakal digantikan dengan Focus generasi baru. Kereta ini mempunyai segala apa yang dimahukan oleh pemandu, berkuasa 350ps dari enjin 2.5 liter dengan tujahan torque 460Nm dan paling penting warna kegilaan zaman sekarang, matt black.

Ford Focus RS500

Ford Focus RS dipasang di kilang Ford Jerman dan bakal dihentikan pengeluarannya pada September 2010. Focus RS mendapat sambutan luar jangkaan di mana jualannya menghampiri 11 ribu unit, jauh dari sasaran Ford iaitu sebanyak 7 ribu hingga 8 ribu unit. Pengeluaran RS500 akan bermula di kilang yang sama pada bulan Mei dengan produksi sebanyak 500 unit sahaja untuk 20 pasaran Eropah. Setiap unit RS500 didatangkan dengan nombor siri dari 001 hingga 500 pada plat metal yang dipasang pada konsol sentral.

Untuk membekalkan lebih kuasa berbanding RS biasa, Ford menukar intercooler, penapis udara, dan downpipe ekzos lebih besar. Modifikasi ‘kilang’ tidak terhenti setakat itu, Ford turut merubah pam bahan bakar sediaada dan mengemaskini perisian komputer enjin untuk mengoptimumkan prestasi enjin yang telah ditala kembali tersebut. Hasilnya kuasa meningkat dari 305ps kepada 350ps pada 6,000 rpm dan tujahan dari 440Nm kepada 460Nm dengan sebaran kuasa dari rpm 2,500 ke 4,500 rpm.

RS500_23

Perubahan tersebut menunjukkan satu perkara, selain dari boost turbo yang dinaikkan [up boost] yang merupakan jalan mudah menambah kuasa turbo, modifikator juga boleh mengubahsuai enjin dengan cara yang dilakukan Ford dan untuk pengetahuan sekutu, sifir tersebut berjaya mengekalkan konsumsi minyak dan emisi ekzos seperti Focus RS standard. Kelajuan dari pegun ke 100km/j RS500 mengambil masa hanya 5.6 saat dengan kelajuan maksimum 263 km/j.

Enjin ini dimodifikasi secara bersama antara jurutera Ford dengan Revolve Technologies, firma kejuruteraan automotif yang mengeluarkan aksesori berprestasi untuk kenderaan Ford dengan jenama Mountune. ‘Rahsia’ lain penalaan enjin RS500 adalah gasket kepala silinder dan omboh dengan spesifikasi berbeza dari biasa, silinder yang disembur dengan bahan logam tahan lama dan rod penyambung baru bagi menampung kuasa yang meningkat naik.

Perubahan unik yang dilakukan pada eksterior RS500 ialah catnya yang dikenali sebagai Matt Black ‘Foil’. Sebelum dijadikan ‘Matt’ warna asas adalah Panther Black Metallic yang dicat dikilang dan kemudian kereta ini dihantar ke kilang 3M di Frankfurt, Jerman di mana filem foil khusus/pelekat ditampal atas badan untuk menghasilkan efek hitam kusam [matt black].

RS500_05

Akhir sekali, untuk pengetahuan sekutu, Focus RS500 diuji di litar Nurburgring di mana para jurutera Ford TeamRS disertai pelumba Ford memandu secara bergilir-gilir dengan jarak 10,000 [!] km tanpa henti, bersamaan dengan perlumbaan 24 jam Nurburgring sebanyak 10 kali tanpa rehat.

Sumber: Ford

-Mak Uia-

ps: Hari ini, Proton akan melancarkan Satria Neo CPS a.k.a Lotus Racing berharga lebih 100 ribu!

Popularity: 10% [?]

Kongsi Ramai-Ramai!:
  • Print
  • Facebook
  • Twitter
  • Google Bookmarks
  • Add to favorites
  • Google Buzz
  • MySpace
  • PDF
  • RSS

Related posts:

  1. Ford Focus Generasi ke 3: Smart lah!
  2. Ford Mustang BOSS 302R: Resing ni Jo!
  3. Ford S-MAX 2010!
  4. Ken Block dan Ford Fiesta 2.0 Turbonya!
  5. Ford F-150: Pikap Paling Laku di Amerika!

21 Komen lu orang:

  1. Gua 1st, i like………..

  2. Gua 1st, i like……

  3. betul ke Satria Neo CPS 100k?

  4. arghhhh….gua dah meleleh….

    rs oh rs…

  5. Satria NEO CPS bkn dah launch ker?…Pasni Myvi gua pun nak tukar kaler Matt Black gak la…

  6. satria neo nak harga 100k je Alan?
    silap ari bulan, de org bakar kilang proton..

  7. CaparZo

    kolambat laaa myvi aku dah cat kaler ni.. nak kos murah .. beli aje cat flat black cap anchor heheheh

    ps- itu cps neo fully tune by lotus .. (aku rasa yg mahal kat badge blakang bonet TUNED BY LOTUS) ehehhehe

  8. tapi kalau neo cps tu rege 100K tak cecah busuk2 180whp rasanya baik korang beli EK9 atau DC2 tep r tentu gak hala tuju hidup peresingan

  9. smart.. jahat.

  10. cantik.

  11. smart gler…de tak org wat peraduan mewarna dpt hadiah kete nih..aku nk msuk ar..huhu..
    caparZo & sepat lg lmbat,helmet khi aku pn da matt black thun lpas..haha

  12. jual air soya

    tahun lepas cat helmet?? ketinggalannya ko… spendar aku masa darjah 5 dah matt black … hehe

  13. perghh…mst panas pki 2…haha

  14. yg neo 115k tuh, neo r3 lotus rasing…. baru loncing.
    ader 25 jibik jer.

    pesaing gt.com dah kuar dulu.
    lu lambat arr mat pon…..

    http://paultan.org/2010/03/30/proton-satria-neo-r3-lotus-racing-145hp/

  15. mat keta ni drivetrain apa?

  16. satria_standard

    wow..gilerr ganazz i like…black mafia stylo yo!!!

  17. smart…

  18. jalan tar kampung

    gile lawa..jahat..
    sape pki kt malaysia ni sah la rare smpi mati krate ni..masyuuukkkkk…

  19. deymmm…this RS is better than sex

  20. Sepat & jual air soya…
    Korg je la menang….hahaha…
    Aku ingat umah aku pun nak cat kaler Matt Black…Ade bran..??

  21. giler ahh keta nie….sape la yg bakal pakai keta ni kat boleh land??

Lu komen kat sini: