Perodua: Myvi 1.5, SE Baru & Enjin Hybrid!

Perodua Myvi

Dalam entri sebelum ini saya menulis perkembangan terkini Proton dan pada hujung minggu lepas Perodua mendedahkan perancangan jangka masa pendek dan sederhana mereka. Seperti yang didedahkan akhbar Utusan Melayu kelmarin, Pengarah Urusan Perodua, Aminar Rashid Salleh berkongsi serba sedikit perancangan mereka, antaranya:

Perodua MyVi 1.5 liter

  • Sebelum ini kita mendengar khabar angin sahaja dan nampaknya sudah disahkan oleh bos Perodua. MyVi 1.5 liter akan tampil dengan beberapa perubahan terhadap model sediada. Tarikhnya? Kemungkinan pada April 2011.

Perodua MyVi Special Edition Baru

  • Menurut Aminar Rashid, wajah baru MyVi SE akan mencipta kejutan kepada peminat kenderaan. Bakal muncul di bilik pameran pada Jun depan.

Perodua Hybrid?

  • Tiada dalam perancangan namun bergantung kepada permintaan dan faktor lain. Teknologi hybrid memerlukan pelaburan besar dan kenderaan sediada Perodua irit [jimat] bahan bakar, mesra alam dan tidak berkapasiti besar.

Foto: Newspress

-Mak Uia-

Popularity: 58% [?]

Kongsi Ramai-Ramai!:
  • Print
  • Facebook
  • Twitter
  • Google Bookmarks
  • Add to favorites
  • Google Buzz
  • MySpace
  • PDF
  • RSS

Related posts:

  1. Daihatsu Sirion: Perodua Myvi!
  2. Jualan Perodua Meningkat di UK!
  3. Perodua Kelisa Rali di UK Tahun 2003!
  4. Perodua Kelisa Rali di UK Tahun 2005!
  5. Baii: Perodua Alza!

22 Komen lu orang:

  1. alang2, amek la 2nd gen passo/boon utk gantikan myvy tuh….

  2. dah upgrade mcm2 jgn plak harga nak sembelih..
    apae2 pun acunnya….

  3. “wajah baru MyVi SE akan mencipta kejutan”…

    ..gua x sabar nk terkejut nih…

  4. opocot..tekejut den….
    GT bila nak bagi kejutan

  5. opocot…gua pun terkejut jugak…kehkehkeh

  6. taufique_eastriderz

    xde pe yg bes pun kete perodua ni…
    stakat re badge je logo len bek x payah…
    bkn wat r&d pasal enjin pn…
    dh r sume kete perodua handling bersepah…
    aku pn xatu pe yg best sgt dgn myvi…
    nk sesah lap pn xde jiwa…

  7. tol tu klu jmp kat highway asyik cucuk blkg keta konon laju tp test main selekoh kat lebuhraya utara selatan takut lak…….dan paling kerap jumpa terbabas kat area tu…

  8. Tak baik lu orang kutuk Myvi ni, kecik hati Sepat walaupun MyVi dia made in siam!!! MyVtec!

  9. jalan tar kampung

    oh perodua!jd la syarikat pemotoran yg sebenar..bape kali nk kuarkan mmaybe SE ni?boring lar..asyik2 SE,cuba kuarkan mmaybe “R”..Sedan ke?jurutera2 perodua masa student2 dulu mesti kaki copy and paste ni..CGPA4.00..cemerlang..akhirat-jawab-dgn-Allah.

  10. kuar maiby se sebab nak abeskan stock..

    tahun 2011 kuar maiby 1.5L. nanti tarak sapa nak beli 1.0L ngan 1.3L dah.

    oh ye.. model se tu selagi leh kaut untungggggggggg………..

  11. setuju dgn jln tar kampung..
    kuarlh berenjin turbo ke, RS ke asyik2 SE…
    xyhlh susah2 g kedai potong cari enjin yg mahal nk mampus….
    brdarah hidung!!!!!!!

  12. sume nak jadik SE..

  13. gua x sokong pro2…

  14. Ala…Ejam dah pkai Myvi 1.5…

  15. ohh yeaaa.. nanti aku rekemen perodua keluar enjin 2L.. time tu 4g63T dekat sepang pun segan tgk model 2L myvi ok!!@! (mat..ko jgn kutuk myvi aku boleh tak??)

  16. Selagi Daihatsu jadi pemegang saham terbesar dalam Perodua, selagi tu la kita dapat kereta rebadge mereka sebagai Perodua.Jadi terimalah seadanya. Inilah dinamakan ‘pemindahan teknologi’.

    VW Group beli Skoda pastu jual rebadge VW sebagai kereta keluaran syarikat tersebut, rakyat Czechoslovakia takde komen apa2 pun? Bayangkan plak kalau VW beli Proton seperti yang digembar gemburkan sebelum ni, pastu buat perkara yang sama mcm Skoda, ntah apa yang korang kondem plak, he he he!

    p/s: Buggati kan bawah VW. Kalau Proton dibeli VW, dan buat rebadged Veyron, agak2 matpon beli x? XD

  17. Sepat u shadap, i hate your myvi bcause you dont have big bonnet like veyron

    kalau Dongfeng beli bugatti pun gua beli, bugatti tetap dihati.

  18. hahaha..apelah P2 neh asyik nak kuar myvi SE je kuarkanlah model baru…aku tngok byk lagi kete daihatsu ngan toyota blom diklonkan tuh asal tak klonkan…kalu bleh klonkan sgale kete yg ade kat muke bumi neh…lawaklah…mane le pegi jurutera2 P2 neh msto tidor dlam opis mse buat keje atau pon tak tau nak design kete sndiri…huhu tak taulah ape nak jadi ngan dunie neh…snag btol nak meniru…dulu mse aku skolah mse pekse cikgu kate jangan meniru kalu orang ditiru tuh bodoh bodohlah kamu….P2 aku nak nasihatkan kat koranglah skang pon sale myvi dah down dan saga baru tuh ambil kedudukan no satu tuh…hmmm mgkin lame org pon tknak bli P2 punye kete lagi takat tiru meniru budak 2 tahun pon tau buat kete mcm tuh siap turbo lgi enjin die….P2 aku nasihat kan lagi neh kalu korang kenal P2 sbb ape lu orang agak sbb kete dide yg kecik tpi hage besar pastuh kete daihatsu atau toyots yg ditukar lambang saje….wat do u thinglah bro….lu orang ngok proton slepas berpiluh tahun dtubuhkan last kali ade enjin sndidri CamPro pastuh Lotus Ride n Handling tuhlah market value dorang…neh kat tiru meniru neh…adu aku pon tak taulah nak ckap ape lg….PENING….kpade P2 pikir2lah ye..gua chill dulu

  19. aduhai…..mcm2 lah skang nih…..

  20. aku harap website ni takla mcm PolTan..bila salesman p1 komen dh jd mcm taik.asik ckp pasal sales.

  21. megat putra kuning

    g2lah org kite…baik pun kutuk, jht pun kutuk….

  22. weii,x sbr do nak tgk myvi br nie..bl nak kuar nye?

Lu komen kat sini: