Ken Block dan Ford Fiesta 2.0 Turbonya!

Baru-baru ini Ken Block memperkenalkan kereta Ford Fiesta khas untuk dia berlumba dalam Rally America dan X Games 2010. Ken yang mewakili Monster World Rally Team membuat penampilan sulung di Sno*Drift, Atlanta, Michigan pada hujung minggu lepas.
Kalau dulu asyik Subaru saja yang taja Encik Ken, kali ini Ford pula yang taja selain syarikat air minuman beliau sendiri iaitu Monster Energy Drink.

Encik Ken akan dibantu oleh jurupandu arah Itali yang bernama Encik Alessandro Gelsomino dan mereka akan berlumba dalam 7 pusingan rali di Amerika termasuklah Summer X Games pada bulan Ogos.
“Saya sangat teruja dapat juga merasa Fiesta akhirnya,” kata Encik Ken. “Fiesta inilah yang mengalahkan saya pada X Games tahun lepas. Ford mempunyai platform yang bagus dengan Fiesta ini dan saya tak sabar-sabar dah nak melihat apa yang saya boleh buat masa Rally America dan X Games nanti.”

Kereta Ford Fiesta ini disediakan oleh rumah talaan yang bernama Olsbergs Motorsports Evolution. Nampak saja kecil tapi kecil-kecil cili padi, enjinnya adalah 2000 cc turbo dengan kuasa lebih 490 kuasa kuda pada 8 ribu rpm dan disebabkan undang-undang pertandingan kuasanya dikurangkan kepada sekitar 330 kuasa kuda. Memang boleh terbang kereta ni.

Nanti Sime Darby bawa masuk Ford Fiesta ni bolehlah mekap ala-ala Ken Block. Grafik cat tumpah macam ni stail juga.
Sumber: Ford
-Mak Uia-
Popularity: 13% [?]
Related posts:









fuiyoooo……. ford kena cakar!!!
hoh..terinzal…
Design gempak.. bleh tapau kete lain ke..
gua tksub ngn bhp jek….klu la kete gua bhp mcm ni…slmbe tapau EG tung chun….wakaka…
dpt test drive pun jd lah…
nak beli x mampu..
fuhhhh..padu..knape skang kete jepon dah kurang dlm rally ye..
mantap aah..nak sekor fiesta!
kalo cam nie senang menang le sape yang bwk kete nie…
aku bleh beli satu
stailo seh….kalau mekap kete aku camni konfom abg2 JPS jeles.tu yg kene hambat slalu..huhu
kenape agaknye ken block nie tak main kat wrc
faizal
rasanya dia pernah main WRC la…tak silap ako kat New Zealand…
btw bebaru ni dia kena tapau dengan bekas rakan sepasukannya Travis Pastrana semasa pusingan pertama Rally America. Pastrana selam jer bwk Subaru, manakala kerea Ford si Block ni menghadapai masalah teknikal…
giler lawa die mekap…
klu aku r, kete gini aku wak g jln2 ptg kt pntai je…