Ford dan Ken Block dah Into!

Kalau kita biasa tonton video Ken Block memang akan perasan sangatlah kereta yang dia guna tu adalah Subaru. Begitu juga dengan Travis Pastrana, pun guna Subaru. Dalam cerita Fast n Furious, Vin Diesel dan Paul Walker pun guna Subaru, baru-baru ini Cody Crocker memenangi APRC 2009 pun dengan Subaru, senang cerita mana-mana pun Subaru lah. Tapi satu hal yang agak menarik adalah walaupun Ken Block sinonim dengan Subaru tetapi untuk WRC tahun ini dia akan gunakan Ford Focus. Dan hubungan dia dengan Ford bukan setakat itu sahaja malahan akan lebih banyak lagi. Kiranya kereta Amerika dipandu pemandu Amerikalah.

Ford semalam mengesahkan yang mereka dan Ken Block akan bekerjasama dalam projek permotoran global. Saya syak diaorang ni nak buat video Gymkhana yang pusing-pusing gudang tu tapi dengan kereta Ford. Selain dari itu projek yang memang sah diaorang nak buat selain WRC adalah Rally America dan X Games. Kereta yang akan digunakan ialah Ford Fiesta.
Sedikit maklumat pasal Ken Block. Karier rali beliau bermula pada 2005 dan disebabkan dia ni memang handal memandu dia dianugerahkan Rookie of the Year dalam Rally America Championship. Sejak itu dia memang pelumba tegarlah, menang beberapa podium dan juga X Games. Dan boleh dikatakan yang Ken Block inilah nadi utama populariti rali di Amerika sana. Tapi sebelum dia main rali tu dia memang dah berharta pun. DC Shoes, jenama papan luncur dan kasut papan luncur tu dia antara pengasasnya. Kiranya Ken Block ni seimbanglah, ada syarikat antarabangsa, main rali dan pandai pula guna video untuk lebih popular.

Bila dia main WRC nanti akan berjayakah beliau bersaing di tempat teratas dan adakah rali akan kembali hangat seperti mana zaman Colin McRae dan Tommi Makkinen?
Saya pun tak pasti. Matpon lagilah tak tahu nak komen.
Sumber: Ford
-Mak Uia-
Popularity: 15% [?]
Related posts:









gilalah terbang….
terbang gilelah
ape barang ford…saga magma lagi bes.lalalala~
video dia pn byk edit kan.tp taktaula kot2 dia betul2 boleh jd champion rally nanti.
video dia pn byk edit kan.tp taktaula kot2 dia betul2 boleh jd champion rally nanti.
http://ruangvakum.blogspot.com
ken block masuk wrc.. schumacher masuk balik f1.. berita permotoran duna 2010 memang indah2 belaka.. cuma semalam je di Malaysia, gua tgk berita, minyak mahal untuk kereta ber’cc’ besar lps satu mei.. demm…..
rasenya mamat ni blh bg challenge kat driver rali lain, tengok je la dia drive kete time x-game..mantap gak,lagi2 video gymkhana dia yg banyak edit tu haha…mmg xde hati betul..semua stock2 maut, lg brape inci je nak masuk laut la, drive over lori kontena la…skill mmg power
gua nk tgk subaru dlm wrc smula..bukan ken block je……lemah la stakat 2-3 brand jek……
fortuner gak best
fuhh.. harap2 Ken Block bole pecahkan dominasi Loeb dlm WRC.. nak harapkan Latvala, x konsisten. Mikko Hirvonen? ahh nak kena tunggu Loeb terbabas baru bole menang.. aihh..
tp lagi best klu dia ni guna Satria Neo s2000.. hehehe..
takde kete lain ke selain subaru,ford,satria neo s2000,mitsubishi……??????
aku rase kalau korang nak test power keta koran baik korang test
terbang dulu gan keta korang kalau lepas power la tu..
kete_hitam
Ah saja buat gempak tu.
myvi pinjam
Teknik pencantuman gambar tu tak. Tukar background.
belalang_kontot
Saga magma mana musim dah sekarang. Sekarang ni Perodua Alza.
belalang tempur
Haaa betuullllll. Banyak edit. Ada juga yang sokong gua. Bagus.
Prodigy
Jadilah macam gua. Naik bas siang malam.
satria_standard
Ah edit je tu. Cuma gua tak reti nak buat edit video je.
Firza
Gua nak tengok Subaru main moto gp. Ehem Ehem
pendita_gila
Fortuner is Toyota. Toyota I like them.
@r3|4^2
Boleh tahan lu punya nama samaran. Sedap juga nak sebut ni.
azwan nbs
Gua nak main Pajero dalam rali Dakar. Gua tengok dah tak musim kereta tu sekarang.
Gt-Apex
Ha ok. Gua pun dah masa tdo ni. Selamat Malam.
orang amerika…
jenama automotif amerika…
kereta buatan jerman…
orang amerika, jenama kereta amerika, kereta buatan jerman…
@r3|4^2…sehebat mana dominasi Sebastian Loeb pun…Rally Finland tak pernah pun dia menang sepanjang kariernya…
Rally Felda pun aku rase sebastian loeb xpnh menang kot.. huhu..
Skill pemanduan ken block memg dasyat….go ken block
Kete dier ni mesti pkai blok RXZ Mat Kaco…hahaha