F1: Michael Schumacher: Gua Tak Nak No. 4!

752113_1369347_2362_1574_MSC2_2009_12_23

Michael Schumacher telah meminta FIA supaya beliau dapat menukar nombor 4 kepada nombor 3 yang digunakan oleh rakan sepasukannya, Nico Rosberg. Sebabnya nombor 4 tak pernah menang kejuaraan F1.

Kalau mengikut kekananan [seniority], Rosberg memang dah sah guna nombor 3 sebab dia yang masuk tim Mercedes GP Petronas dulu tetapi disebabkan Schumacher ni tak pernah pakai nombor 4 jadinya dia taknak lah.

752111_1369341_2362_1574_MSC1_2009_12_23

Mengikut sejarah, Schumacher ni menang 7 kali kejuaraan F1 pun dengan nombor ganjil. Masa dia guna nombor 1 dia menang pada tahun 1995, 2001, 2002, 2003 dan 2004. Nombor 3 dan 5 masing-masing pada tahun 1994 dan 2000. Dan mengikut sejarah F1 juga, nombor 4 tak adalah tak pernah menang langsung, David Coulthard dan Ralf Schumacher pernah menang 2 kali, Rubens Barrichello menang sekali dan begitu juga dengan Robert Kubica dan Kimi Raikkonen.

Macam-macam hal lah. Apapun pada Isnin depan Mercedes GP Petronas akan membuat penayangan umum skema warna keretanya di Stuttgart, Jerman, tempat asal Mercedes. Seminggu kemudian, Schumacher dan Rosberg akan menguji kereta masing-masing di Valencia, Sepanyol pada 1 Februari.

Sumber: Crash.net

-Mak Uia-

Matpon: Gua tengok kat negara kita ramai je orang kaya guna nombor 4 seketul dekat Mercedes atau BMW diaorang.

Popularity: 16% [?]

Kongsi Ramai-Ramai!:
  • Print
  • Facebook
  • Twitter
  • Google Bookmarks
  • Add to favorites
  • Google Buzz
  • MySpace
  • PDF
  • RSS

Related posts:

  1. F1: Michael Schumacher Resing Balik Jo!
  2. F1: Imej Mercedes GP Petronas!
  3. F1: MERCEDES GP PETRONAS F1 TEAM!
  4. Lotus Exige S Type 72!
  5. F1: Petronas undur musim 2010!

21 Komen lu orang:

  1. macam2 da mamat ni….

  2. lorat la wei..

  3. ah..ngade-ngade pulak

  4. ah schumacher nih,bnyk songel lak… kalo xterer tuh ngaku jer laa… jgn nombor tuh plak yg menjadi mangse kecuaian beliau…

  5. ala lu org poyo gak..beli no plet riban2..bawa keta macam cipan!

  6. 4 – my lucky number

  7. ok la no 4..xkan nk no 5..kalah jo!!!!!!!

  8. sebetulnya schumi ni ada darah keturunan cina.. kalau takcaya ko leh tanya pak ngah dia yg tinggal kat munich.. 4 tu mati katanya!!

  9. byk cekadak lak bliau ni…….gua sokong team malaysia…..

  10. LOL
    pape pun majulah sukan untuk negara.
    xD!

  11. Ayyo………….gua dengar itu nombor banyak suwei lo.hoho

  12. dalam Islam memang no ganjil tu elok…..hah..tetibe rase nak pergi tabligh….

  13. jangan pening..kena kopi jantan dluuuuu

  14. lu orng nk bli no leh roger gua…no plate la wei

  15. Kalau gua sempat jumpa dia masa F1 Sepang nanti siaplah gua basuh dia.

    “4-4 siku lipat siapa Sepat”

    “4484 siapa cepat dia dapat”

    Last sekali gua sound dia, “Don’t bluff I know you are not The Stig” dalam Germany Language.

  16. mat pon, lu lempang je mamat ni 44kali. banyak cengkadak plak mamat veteran nih

  17. ape la ada pada no 4..
    aku peksa pon dapat no 4..
    dari bawah..
    ok jek..

  18. huru hara btol laaa

  19. bukan dah ke si mangkuk nie…???

  20. woi mat bila nak invite aku ke F1 sepang free ni?? naik myvi pusing2 dalam trek ker hehehe

  21. schumi xtau no 4 no feveret mamat2 malaya yg dah berbini n bercadang nk tmbah cawangan…
    sndri mau igt r….hahahaha…

Lu komen kat sini: