Ford Focus Generasi ke 3: Smart lah!

Bila kali terakhir anda memandu ataupun menumpang Ford? Saya sendiri pun tak pasti, seingat saya ada lah dulu masa belajar kat kolej, selalu sewa Ford Econovan buat berjalan dengan kawan-kawan. Sebelum tu masa kanak-kanak pernah sekali naik Ford Telstar pinjam balik kampung. Lepas tu memang tiada dah, begitu lama sekali Ford meninggalkan masyarakat marhaen tanpa produk sesuai dan kita pula dalam negara dibanjiri dengan produk-produk Jepun, Korea, tempatan dan juga separa-tempatan seperti Perodua, Naza dan Inokom. Hari ini Ford telah memperkenalkan generasi ketiga Ford Focus, kereta untuk pasaran global yang bakal dipasarkan penghujung tahun ini dan tahun depan.

Ford Focus adalah produk Ford yang sangat berjaya, sejak pertama kali dikeluarkan model ini terjual sebanyak 9.2 juta unit. Fuhhh.. banyak tu. Jadinya untuk menghasilkan produk gantian bukan mudah, silap buat terus lingkup dan tak laku seterusnya tinggal lagenda. Dan tahukah anda Focus sebenarnya dicipta bagi mengantikan Escort. Ford Focus ini direkabentuk di studio Ford dekat Cologne, Jerman dan model ini sangat penting kerana platformnya bakal digunakan untuk 10 model berbeza dan jangkaan produksi adalah sebanyak 2 juta unit untuk tahun 2012. Sesaran enjin yang bakal dipasarkan adalah 1.6 turbo hinggalah ke 2.0 cc.




Harganya pula saya tak pasti tapi saya rasa paling kurang pun sama dengan Honda Civic ataupun Toyota Corolla Altis sebab itulah saingan terdekatnya. Ada banyak lagi fakta yang boleh ditulis sebenarnya sebab Ford menyediakan berpuluh-puluh siaran media, nanti kalau ada masa saya cerita dengan lebih lengkap lagi. Sementara itu nikmatilah dulu imej Ford Focus panas-panas ini.
Smart kan?
Sumber: Ford.
-Mak Uia-
Popularity: 18% [?]
Related posts:









buleh main rally nih…………..
mmg smart la broo..aku mmg suke tengok kte hatchback…design kte ni mmg mantap..
gua penah tumpang ford escort dulu..gila klasik..
pehhh….pehhhhhh…….pehhhhhhhhhhhhhhhhhh……….terinzal….
xklusif…
1.6 turbo
Semat terlupa (tak ingat)
ford enjin campro…power/…hahahah
design kureng la..
sekali tengok dpn macam picanto pon ada la~
dia punye rim tak menahan…cantik tuuuu…
ford escort bapak aku dlm kenangan..
serba serbi lawa…
dalaman, sport rim, n others…