MRC 2009: Karamjit dan GSR Pennzoil Juara!

MRC050901

Namakan kepada saya pelumba kereta tempatan paling berjaya dan jika ada cuba bandingkan dengan Karamjit Singh. Pada Ahad lepas, dalam Kejuaraan Rali Malaysia [MRC] pusingan akhir di Bukit Merah, Perak, beliau sekali lagi menjuarai kejuaraan tersebut. Bukan kali kelima, bukan kali keenam atau kelapan tetapi Karamjit sudah SEBELAS kali menjadi juara! Setakat ini tiada siapa yang berjaya menghampiri rekod beliau apatah lagi mengalahkannya.

Saladin Mazlan dari Felda Rally Team walaupun berlumba bersungguh-sungguh namun masih gagal untuk mengejar pemandu utama GSR Pennzoil Racing Team tersebut. Beliau kalah dengan 1 minit 20.9 saat dan 2.5 mata di belakang Karamjit.

rd5_leg1_large

Walaupun demikian, Karamjit sebenarnya berlumba dengan stereng yang bermasalah pada Leg 2 pusingan terakhir MRC.

“Anda patut melihat sendiri keadaan sistem stereng kereta saya, kami gembira berjaya menamatkan perlumbaan,” ujar beliau sejurus tamat perlumbaan.

“Saya sangat gembira dengan kemenangan ini. Saladin telah memberikan kami pertarungan hebat. Kami berlumba dengan flat out untuk menang. Ianya sangat menyeronokkan untuk kembali berlumba dengan 100%,” tambah Karamjit.

Beliau juga berhasrat untuk berlumba lagi tahun hadapan. “Ini adalah kejuaraan saya yang kesebelas dan saya harap untuk memenangi 5 atau enam kali lagi sebelum bersara,” kata beliau.

Selain dari juara keseluruhan, Karamjit juga menjuarai kategori 4WD dan P12. Jurupandu arahnya, Jagdev Singh pula memenangi anugerah Kejuaraan Jurupandu Arah.

MRC4Leg100

Sementara itu, Saladin menerima kekalahannya selepas bertarung habis-habisan sepanjang hari.

“Kami sudah mencuba sebaik mungkin, tetapi akhirnya masih tidak dapat mengejar 30 saat defisit akibat dari kegagalan brek pada hari pertama. Kami berjuang habis-habisan tetapi masalah demi masalah yang timbul memperlahankan kereta dan saya tidak suka untuk memberi alasan kerana gagal untuk menang,” ujar beliau. “Karamjit menang dengan adil. Tetapi kami akan kembali dengan lebih kuat tahun hadapan.”

Jurupandu arah beliau, Arish Qutb Ahmad Khan pula berkata tahun ini merupakan tahun yang impresif untuk pasukan memandangkan kami adalah pasukan baharu, memandu kereta baharu dan walaupun gagal menamatkan dua rali, kami masih berjaya mendapat tempat kedua dalam kejuaraan ini.

Pengurus Felda Rally Team, Mohd Zekry Ibrahim yang turut berlumba dalam kategori P11 pula berkata mereka berpuas hati dengan pencapaian tahun pertama dan akan mengambil bahagian pada tahun hadapan.

“Kami merancang untuk bertanding dalam Kejuaraan Rali Asia Pasifik dan Kejuaraan Rali Malaysia,” tambah beliau.

MRC050902

Pengurus GSR Pennzoil, Gunaseelan Rajoo, menamatkan perlumbaan di tempat ketiga menjadikan beliau juara ketiga keseluruhan dan kedua dalam kategori 4WD dan P12.

Kemenangan Karamjit telah memberikan GSR Pennzoil kejuaraan keseluruhan pasukan.

Gunaseelan juga memberitahu pasukannya akan menggunakan kereta dan pemandu baharu pada musim depan. “Kami akan menggunakan kereta baharu dan sekarang sedang berbincang dengan beberapa pemandu antarabangsa. Saya berharap untuk separa bersara dan berlumba dalam beberapa rali.”

MRC050903

Pendatang baharu yang juga pemenang musim pertama rancangan realiti Zero 2 Hero musim pertama, Faidzal Alang dari pasukan FA Racing berjaya menamatkan musim pertamanya dengan bergaya. Beliau menjuarai kategori P10, Junior dan 2WD.

Pemandu dari Hong Kong, Clayton Check membawa pulang kategori P11 manakala Jamaluddin Tukimin memenangi kategori P9 dan pemandu dari India, Arjun Rao adalah pemenang kategori N4.

Akhir kata, tahniah untuk semua pemenang dan untuk peminat setia rali di GT.com, jumpa lagi tahun hadapan!

Terima kasih untuk sokongan anda!

Majulah sukan permotoran untuk industri automotif negara.

-Mak Uia-

Popularity: 13% [?]

Kongsi Ramai-Ramai!:
  • Print
  • Facebook
  • Twitter
  • Google Bookmarks
  • Add to favorites
  • Google Buzz
  • MySpace
  • PDF
  • RSS

Related posts:

  1. MRC 4: Saladin Juara! Karamjit 2, Guna 3!
  2. MRC Akhir: Leg 1: Karamjit 1, Saladin 2!
  3. MRC 4: Leg 1= Saladin 1, Karamjit 2, MRU 3!
  4. DASAR AUTOMOTIF NASIONAL 2009.
  5. Keputusan: SUPERGT [08/09]

10 Komen lu orang:

  1. bila la nak merasa taxi ride nih… hmmm…

  2. BORING2, JIWA,, SOUL HAHAHA,jurutera hahaha

  3. tak pandai buat2 pandai..haha

  4. aku ada pengalaman masa naik genting dulu dengan sorang brader nih dengan keta dia (Cefiro RB20). On the way naik tu (kitorg naik dari ulu yam) kitorang terserempak dengan sebiji EVO (kalo x salah E4). Apalagi, brader nih plak budak callman jalan genting, kitorg racun Evo tu. Bila perasan yg kitorg sakat dia dari blkng, evo tu pun tekan dan bermulalah episod resing. Walaupun brader yg mmbr aku nih dh biasa sgt dgn jalan genting, tapi evo tu nmpknya mcm tiap² ari lalu jalan genting tu. Bila smpai kt atas, masa kitorg pass by evo tu, rupanya yg drive evo tu Karamjit Singh dengan wife dia…hmmmm…patutla….

  5. epul
    kalo genting pon die bantai cmtu…. padanla stakat trek rali ni selambe jerrr…….. tabik,tabik…..

  6. menurut sumber dalaman, GSR bakal mempertaruhkan Evo X tahun depan..

  7. unbeatable karamjit singh

  8. Mcm mana lah dia org driver dgn juru pandu arah tuu duduk dlm keta tu masa rali tu yek..? Tak pening ke?…aku main PS2 rali setengah jam pon pening semacam tengok trek dlm tv…Caya lah Singh luu memang pro……

  9. Mat …TAXI ride kitorg ni biler?…Dah berjanggut tunggu nih

  10. macam mane proton le kalah ngan mitsubishi…..memalukan tul…macam tak de maruah..

Lu komen kat sini: