Ford Mustang BOSS 302R: Resing ni Jo!

Ford Mustang BOSS 302R

Masih lagi cerita pasal Ford sebabnya bila saya buka blog pesaing ada cerita pasal Ford Mustang, saja nak bagi line panas saya pun nak bercerita pasal Ford Mustang juga tapi yang ini lagi sedapla sebab model resing ni.

40 tahun selepas kejayaan Parnelli Jones dalam Trans-Am championship di Amerika sana dengan memandu Mustang BOSS 302, Ford Racing mengeluarkan versi baru Ford Mustang tersebut iaitu BOSS 302R. Dengar kata model asal yang dibina Bud Moore Engineering ni memang lagendalah di Amerika sebab itulah rasanya dia dapat nama BOSS, sama macam RXZ, dulu-dulu pun orang panggil BOSS juga sebab iklan dia ada tagline BOSS. Memang otai. Lagi satu iklan yang saya ingat ialah Panther Gamma, perkh Mat Motor tu dok dalam rumah tunggu hujan berhenti, habis je hujan keluar rumah terus lap motor, memang klasik, sekarang ini mana ada iklan macam gitu, yang ada iklan artis naik motor, tu pun motor automatik. Tak semangat Mat Motor sejati langsung.

Ford Mustang BOSS 302R

Berbalik kepada Mustang BOSS 302R ni kereta ni memang champion sebabnya ianya dibina di kilang dan siap siaga untuk beresing atas trek dan hari trek. Senang cerita keluar kilang je dah memang boleh pakai untuk berlumba, mana nak dapat kereta macam ni sekarang? Honda adalah keluarkan Civic Jenis R, R3 pun ada juga Satria R3 dan Neo Cup, pembuat lain tak ada pula dengar cerita. Eh chup! Toyota ada, TRD Vios! Tapi itulah tak nampak resing langsung walaupun ada chap Toyota RACING development, lagi baik Impul yang ada pada Nissan tu, kurang-kurang ada muffler bunyi bass.

Mari kita baca spek BOSS 302R ni, enjin dia saja 5 ribu cc dengan V8 lepas tu pula setiap kereta ada nombor siri, kotak gear 6 kelajuan CVT, acah je, 6 kelajuan manual, enjin CVT macamana nak resing? Dalam dia ada sangkar bergulung [roll cage], kerusi resing, safety harness, penyerap data untuk suspensi, brek Brembo dan juga pakej tayar trek. Harga untuk pakej asas macam ni adalah USD 79,000.

Ford Mustang BOSS 302R

Kalau rasa pakej di atas tak cukup lengkap lagi, para pelanggan yang berminat boleh beli spesifikasi resing yang lagi hebat dan ditala khas untuk Grand-Am Continental Tire Sports Car Challenge Series. Barangan tambahan adalah seperti enjin kuat untuk main trek, kotak gear close ratio, chasis yang lagi kuat, suspensi resing KONI, ekzos resing dan juga drive shaft resing. Namanya bukan lagi BOSS 302R tapi adalah BOSS 302R1, harganya pula adalah USD129,000. Kalau rasa mahal sebenarnya dah ada lima pelumba yang beli R1 ni dan bakal digunakan pada 29 Januari depan di Daytona.

Hanya 50 unit akan dibina oleh Ford Racing dan kalau nak beli bolehlah tempah dengan pengedar Ford di Amerika.

Teringat pula saya dekat Shelby Eleanor Pipi, apa cerita tah sekarang kereta tu.

Sumber: Ford.

-Mak Uia-

Popularity: 74% [?]

13 Komen lu orang:

  1. Cantik juga kereta ni warna kuning. Pakai weber ke apa Mustang ni?

  2. shelby eleanor pipiyapong lg bes…bmw 5series pon lg otai dr mustang..hehe

  3. dah resing tp de lagi resing jo!

  4. er, agak-agak ada tak grey importer bawak masuk Malaysia? gua dah stenbai duit muka ni..

  5. gua ade ford rxz model boss nk jual.

  6. gua nak pegi US jap nak kasi warning sama itu ford….
    kuarkanlah banyak sikit baru bleh org malaysia nak beli..stakat 50 biji market kat US jer la jawabnye

  7. agak2 rim tu brape hinggit regenye…?…..cae jgk gua tgk….

  8. giler ah…. enjin jer dah 5.0… x tau la kalo x cukup laju lgi…

  9. mat ape kate k preview neo cub(cup) tu…
    cambes je dgr name..

  10. matpon
    Hi, gua jawab diri gua sendiri.

    belalang_kontot
    Veyron lagi sedap. Lagi laju. Roadtax je mahal.

    jalan tar kampung
    Istilah matematik dipanggil sebagai resing kuasa 2.

    carragher27
    Jap gua cari Sepat, dia dulu belajar Amerika. Mungkin ada kaki. Komisyen gua 95% ok.

    natubaik
    Stripe apa lu pakai? Mana best dgn Mat Kacau Kuntau?

    pelug
    Ok lu sound juga. Taun baru ni tade bonus ke?

    Firza
    Dia tak jual dalam RM, dalam US Dollar.

    gunners
    Hari tu gua tengok kereta Amerika apa tah kalah dengan GTR. Corvette ke apa nama dia. Bukan gua arif pun.

    cendol
    Boleh, lu nak suh gua review tang mana? Gua ilmu kejuruteraan tahap-tahap Profesor.

  11. avtomat kalashnikov

    gua saspek bunyi die buleh menyebabkn org ramai mmbaling slipar stiap kali start enjin. lg2 kalo duk umah flat. hahahaha…
    x resing la kalo bunyi enjin mcm semput2. hahahaha

  12. avtomat kalashnikov – kalau lu nak bunyik resing cam timing chain Vios TRD tu gua tak tau nak cakap ape la. hahahaha..

  13. avtomat kalashnikov

    toyota amek inspirasi resing tu la kot ms nk kluarkn vios trd. hahahahaha… kalo bunyi enjin snyp mane resing? so adjust timing chain kasi bunyik sket la bru resing. hahha

Lu komen kat sini:

Theme Tweaker by Unreal