Ford S-MAX 2010!

2010 Ford S-MAX

Sepatutnya saya postkan entri lain tapi bila terserempak dengan Ford S-MAX ini terus berubah fikiran. Memang smart lah MPV ni tapi tengok bahagian belakang dia macam sempit pula. Kalau spesis kerusi 5+2 memang agak sempit la barisan ketiga tu. Tapi memang smartlah S-MAX ini, muda bergaya.

2010 Ford S-MAX

Rekabentuk dia tak adalah merapu sangat, agak seimbanglah tak moden dan tak konvensional sangat. Sebab satu hal dengan rekabentuk ialah kalau ekstrim sangat boleh jadi orang luar bandar tak berapa nak gemar tapi kalau konvensional sangat orang bandar pula tak suka. Sebab itulah Proton Exora tu sekali kita tengok nampak tajam, dua kali tengok nampak ringkas je sebab dia kena ambil jalan tengah, tak boleh ekstrim dan tak boleh konvensional, kalau tajam sangat macam Estima mata sepet tu dan sebulan laku 30-50 unit saja macamana nak balik modal kan? Baik buat macam Avanza tu, tak adalah lawa sangat pun tapi beribu juga orang beli.

New Ford S-MAX

S-MAX yang direkabentuk dengan konsep Kinetic Ford ini dihasilkan dengan citarasa Eropah, nak kena lawa, berkuasa, jimat minyak dan selamat. Yelah dipasarkan di negara maju, pelbagai undang-undang perlu dipatuhi sebab itu kalau kereta tempatan tak ada beg udara kita tak boleh nak komplen sangat. Undang-undang tak mewajibkan lagi jadinya tak boleh nak salahkan pengeluar juga kan. Tapi baru-baru ini Proton Exora Basic dah siap-siap ada beg udara walaupun guna rim besi saja. Kira ok la tu sebab model asas pun dah ada beg udara. Sayangnya Alza Standard tak ada pula beg udara, dari letak rim aloi saya rasa ada baik pasang beg udara sebab rim tu kita boleh tukar bila-bila sahaja, beg udara mana nak cari? Kedai Abang’s pun tak ada jual benda alah tu.

Berbalik kepada S-MAX ini untuk pengetahuan anda enjinnya adalah jenis turbo 2000 cc atau nama saintifiknya 2.0-litre Ford EcoBoost SCTI engine. Enjin ini diperbuat daripada aluminium dengan teknologi variable cam timing dengan turbo kuasa rendah dan dikatakan menawarkan prestasi dan juga penjimatan minyak.

New Ford S-MAX

Enjin ini mempunyai kuasa 203 PS dengan torque 300 NM dan boleh mencapai 100 km/j dalam masa 8.5 saat dengan kelajuan maksimum 221 km/j. Agak bertenaga jugala untuk MPV sebab buat laju-laju pun nak ke mana, ini kereta pengangkut penumpang dan bukannya kereta resing. Minyak S-MAX ini boleh tahan juga iaitu 8.1l/1oo km, agak jimatlah juga kan. Kalau rasa nak lagi jimat enjin disel pun Ford buat sebab di Eropah sana memang laku kereta jenis disel ni, enjin Duratorq TDCi boleh cecah 100 km hanya dengan 5.7l saja, memang jimat gila la kan.

2010 Ford S-MAX

Saya tak ada apa sangat nak komplen pasal S-MAX ni, cermin suria dia pun saiz XL cuma bahagian fascia depan dialah agak ternganga macam Mitsubishi pula. Selain dari itu memang ok lah kereta ni, harap-harap model gantian Exora kelak lebih bagus dari S-MAX ni.

Sumber: Ford

-Mak Uia-

Popularity: 15% [?]

Kongsi Ramai-Ramai!:
  • Print
  • Facebook
  • Twitter
  • Google Bookmarks
  • Add to favorites
  • Google Buzz
  • MySpace
  • PDF
  • RSS

Related posts:

  1. NAP: TIADA PEMERIKSAAN PUSPAKOM!
  2. Video: Ford Shelby lwn Camaro lwn Jeep lwn Vaz 2107 lwn Heli!
  3. Saturday Night Drift!: Malam Minggu ni!
  4. Video: Honda Stream RST!
  5. Subaru Impreza WRX STI SE!

11 Komen lu orang:

  1. gambirnya tiada pak

  2. gambar xde..
    gua patut sambar sebijik nih

  3. ade masyuk boleh beli tarak masyuk tgk juga boleh haha

  4. asal web ni sgt slow gle nk upload mngalahkn website paultuuttt.org hmmm

  5. Gambar tak kua ni. Tak tau kenapa, nanti tanya Matpon

  6. Pehe gambo nyer tak mandang? Udoh keluor bahase perok kome…

  7. Mana gua tawwwww…………Gua pomen Veyron jer……………….!!!!

  8. mane gamba?
    nie kete halimunan ker?

  9. bukan halimunan tapi hollow……ntah matpon jumpe ke tidak gambo kete tu….

  10. kepuasan skru diutamakan..maner gambar??? jgn sampai kami mogok

  11. Ah gua tak dapat ilham lagi macamana nak setel ni. Makan nasi lauk kicap dulu.

Lu komen kat sini: