Baii: Perodua Alza!

Alza01

Haaa ni lah dia rebiu Baii pasal Perodua Alza, ni rebiu ringkas je lu orang jangan tuntut bukan-bukan, ada hari kitaorang rebiu panjang sikit tapi gua syak lepas ni memang susah Perodua nak bagi kereta sama kitaorang. Sebabnya kitaorang budiman dan hati mulia dan juga jujur.

Selamat Membaca!

_______________________________________________________

Gua baru balik jumpa Timbalan Perdana Menteri, secara rasminya Perodua Alza dah dilancarkan petang tadi. Gua pun belum sembahyang Maghrib lagi ni. Kesimpulannya adalah seperti ringkasan di bawah.

1.       Harga adalah dari RM56K sampai 64K, yang ni versi yang ada dalam pasaran sekarang. Diaorang panggil Standard Version dan Premium Varian. Campur manual dan automatik.

Alza002

2.       Varian Advanced akan hanya masuk pasaran Mac tahun depan. Kira macam Viva Elite, tambah sana sikit, situ sikit, bodykit sikit, GPS, bla2, harga naik 67K sampai 70K.

3.       Warna baru masuk dalam liga, Classy Purple. Personally, warna ni nampak elegan. Gua tak berani nak komen banyak pasal dewan KLCC tu gelap sangat.

4.       Perodua sasar jual 3,500 – 4,000 unit sebulan. Gua rasa cincai-cincai senang je dapat sasaran ni. Dan gua rasa juga Myvi mungkin akan jatuh sikit jualannya, sama dengan Avanza.

Alza004

Apa yang gua suka pasal MPV ni?

1.       Bench Seat, memang praktikal untuk kereta yang tak berapa besar. Pasal ruang dimaksimumkan, tak ada benda di lantai. Dash-gear dan parking brake di kaki. Kesimpulannya, memang bijak buat ciri macam ni. Kalau bubuh gear kat lantai juga, baik orang beli Avanza. Yang ni gua cerita pasal versi auto.

2.       Nak kata kecik tak kecik, nak kata besar memang kecik. So kalau jenis nak jalan balik kampung, famili kecik memang sesuai.  Kalau nak compare dengan harga pastu nak besar macam Estima, baik beli Naza Ria terus.

3.       Tak payah nak komen pasal saiz. kalau nak besar, beli Exora – people mover. Yang ni lebih kepada fun daily driving, sekali sekala pergi kelab surau atau masjid boleh ajak kawan-kawan naik.

4.       Boleh ubahsuai jadi Modellista, yehyehyeh…..

Alza003

Apa yang gua tak suka pasal MPV ni?

1.       Seperti  juga MPV dalam kelasnya, kecik, sebenarnya tak layak pun panggil MPV, patut panggil Station wagon. Macam Grand Livina semua tu.

2.       Kenapa bubuh nama Alza? Kalau lu orang perasan, selepas dijenamakan balik Perodua tak guna dah nama ke-Malaysiaan. Semua nak nampak moden. Kenapa nak ikut penjenamaan macam tu? Berapa buah kereta ni eksport ke negara Mat salleh yang paham bahasa Sepanyol-Alza?

3.       Apsal Perodua ni kedekut sangat dengan media? Iklan jauh sekali, hadiah pintu [door gift] pun bagi jaket saiz XXL. Ingat kereta ni lancar kat Eropah ke apa? Ke wartawan Malaysia ni semua jenis saiz badan besar gajah?

Sekian, jangan lupa solat.

-Baii-

Matpon: Sekian, jangan lupa pancing udang.

Popularity: 41% [?]

Kongsi Ramai-Ramai!:
  • Print
  • Facebook
  • Twitter
  • Google Bookmarks
  • Add to favorites
  • Google Buzz
  • MySpace
  • PDF
  • RSS

Related posts:

  1. Video: Perodua Alza!
  2. Baii: Subaru Plug-in Stella [Belut Elektrik!]
  3. Panas: Perodua Savvy!

59 Komen lu orang:

  1. gua suka…

  2. bagus..sembahyang lah kamu sebelum kamu disembahyangkan…(^_^)…err..boley tahan gak la design kete ni, aku suke style lampu kete ni…blakang pulak, no comment sal pix pon tarak..overall cantik gak la

  3. Lu orang jangan minta bukan-bukan, gua mengantuk ni…………………………………………………………………………………

  4. klu mengantok tido da…

  5. “Nak kata kecik tak kecik, nak kata besar memang kecik.”

    gua suka ayat nih…hik3

  6. maka secara rasminya bermulalah perang antara Perodua dengan Proton skali lagi..

  7. goreng pun sodap….

  8. masih tak mengugat iman

  9. sedang-sedang saje

  10. kesimpulannya, jangan sokong perodua..

    sokong proton..

    heheheheheh..

    apa maksud alza tu??

    sejenis minuman ke?

  11. projek bolt-on syok nih..
    lalalalala..

  12. aku pun suka.. hehee

  13. Jaket saiz XXL.. sesuai benar kalau lu bagi kat gua.. hehe

  14. gua pong suka

  15. btol la… ptt pgl station wagon jer… ni bkn mpv..

  16. tambah sana sikit, situ sikit, bodykit sikit, GPS, bla2, harga naik 67K sampai 70K.

    macam ci….

  17. dia suka…lu suka…gua suka-suka….

  18. aku kurang suka..

  19. bila perodua nak keluar kenderaan 3 tayar?

  20. aku br tgk td kt twu nih.
    terbaik jga jo utk org klas sedang2 aja..
    kalu loan ditolak dukun bertindak

  21. Dari segi kosmetik, gua suka Alza ni. Tapi kalau boleh lain kali Perodua tolonglah guna bahasa kebangsaan untuk nama keluaran diaorang. Proton pun sama, gua nak kasi ingat.

    Negara lain mana paham bahasa melayu. macam kita la tak paham bahasa itali.. orang sebut Gallardo bunyi sedap je.. tak tahu lagi orang itali dengar perkataan “Lembu” pun dah rasa teruja.
    jadi soal nama tak market tu bukan menjadi isu, kalau pandai design kereta yang berkualiti tinggi, nama “Proton Baii” pun boleh jual beribu unit sebulan. Ini contoh.

    bahasa jiwa bangsa. Kalau nama jenama tu guna bahasa kebangsaan sama seperti mewakili aspirasi seluruh rakyat malaysia. Gua pun rasa bangga kalau dengar orang itali terbelit lidah nak sebut nama kereta kita..padan muka!

  22. aku tak puas hati ngan nama ALZA tu…dulu aku pk EXORA tak sedap, skrg nama ALZA lagi2 tak sedap….

    aku pun mcm Han nak tau, natang ape maksud ALZA tu?nama bini baru bos perodua ke?

    grand livina mesti kurang laku,so cepat le turun harga,hehehe

  23. lebih kurang nama kawan aku

    Aiza..

    heheheheheh..

    apakata kita namakan kereta ni Perodua Keldai??

  24. jalan tar kampung

    sah2 la kane takai dgn exora cmni?
    patut masukn la engine 1.6 tebo?
    baru teruja n ghairah pengguna MPV?
    baii mane spekfikasi penuh ALIZA ni?

  25. dr dpn kaler putih mmg cun..nmpk montok jer..berselera gua tgk..klu nk mod pn byk pilihan tp da tentu2 tokey2 hc potong lu pny kapla kasi putus..potong..potong..potong!!!

  26. Aku dah tgk kat pkns ni…..komen aku….
    -agak mahal dibandingkan dgn exora base line.
    -seat ketiga muat-muat utk kucing aku je..
    -design ok..klu utk keta..tapi kecik sangat utk mpv.

  27. Hui banyak betul ese nak menjawabnyo

    Takpolah ese amik jalan tongah.

    Ese jawab dalam hati jho.

    Babai.

  28. pemalas…………..

  29. hahahahahampeh mu mat,,

  30. lipat seat belakang exora bleh muat lembu korban sekor..

    maknanya: exora laaaagi bosar.

  31. Lu baik2 mancing udang mat… org tua2 kate, dimana ada udang, disitu ade croc.. (aku cite psal udang air twar ye mat.. jngn salh menyalahkan diri sendiri..)

    Gua rase, Baik lu jual Veyron lu tu mat, pstu lu bli alza nih, snang nk bwak umpan, nak gi smbhyang jumaat kat masjid As-Syakirin pun senang, ko ble sumbat sume org – makuia, baii, amid, pipiyapong ngn Tuan asri skali!! Phala dpat, gaji pn cpat naik!! Hahahakugile…

  32. kepale aku terantuk kat bonet blakang pasal nk tgk isi kat blakang..boleh muat ikan bilis je…

  33. avtomat kalashnikov

    pergh… buleh bikin VIP style seyh…
    kaler gelap, rim besar dulang, lowered giler babas, lps tu bwk amoi… giler stylo!

  34. yo la….amoi tu kompom bengkak kepale punye….

  35. sesapa yang nak rasa interior estima, enjin vios, oder aaa.. masyukk bro!!!!

  36. *tak pe la wlupon bermula nye perang antara produa ngn proton janji masing2 buatan malaysia…
    *untuk yg varian advance pnya tu mmg btol2 mngancam laaaaa…gua suke…

  37. Lain org lain seleranya…….
    lain org lain tebal poketnya…
    lain org lain kemampuannya…
    Ikut suka kao orglah..kao org yg nak convert..
    kao org nak bayar…pilih yg sesuai……

  38. AL24.sape nye no plet?bli la ALIZA ABU ni sebijik, then pakai no tersebut.baru kacak.

    p/s:sape pakai no plet WAL17 jual kat aku.hehe

  39. aku pakai TAH1

  40. babaii..matpon..

  41. bile kete perodua nak letak tebo?

  42. Gua dah jawab 2 entri maknanya KPI gua dah tercapai.

    Ok lah.

    Lu orang teka gua nak buat apa. Na na na na na.

  43. wat apa lg………mat
    tukar topik lain la pulak…
    dah letih dah gua membacanya…

  44. exora 2 ambik perkataan orang asli ke ha? gua konpius ni…
    tapi gua suka exora sbb bulih muat kambing boer 4-5 ekor..alza, anak kucing je lepas..heheh

  45. ank kucing muat bper eko?

  46. anak kucing pun x mo naik alza ni aku rasa ..
    mesti dia komplen seat belakang x selesa, kecik & nipis ..
    anak kucing pun x nak naik klu korang beli letak anak korang mmg korang spesis kejam ..
    klu nak anak korang selesa baik amek exora ..
    people mover yg sebenar, value for money ..

  47. gua nk msuk loan..tkar saga burok gua ngn alza..amacam??

  48. Vanette Turbooo...

    Gua tau luorg punyer loan x cantik tu pasal lu kutuk mcm2…gua nak bli lagi satu la…Pas ni nak msuk turbo lagi…Pehhh vanette gua dah turbo la ni ALZA turbo plak…..

  49. kete ini best ke?

  50. Alza ni bersaing dgn Grand Livina ngan Avanza jer..

  51. masa aku sekolah dulu, cikgu aku cakap lepas perodua kelisa, perodua mungkin kuar model baru dengan nama “perodua Babi”….hehe

  52. Apakejadahnya semua ni? merepek sungguh perodua! Amik passo sette pastu tukar nama.Cam cilakak perangai.Tau le perodua bawah daihatsu..toyota.Agak2 la nak buat camni pun.Tukar la banyak sikit.

    Korang tengok la sendiri.

    http://paultan.org/2008/12/26/toyota-passo-sette-7-seater-mpv-full-details/

    HA..sebijik sebijan.

    Lepas ni jgn buat perangai pulak amik keta ferrari pastu tukar nama kepada Perodua Memerang.

    Aku tibai jugak pengurusan perodua ni kang.

  53. Gua x kisah kalu depa nk rebadge ke ape ke!!! Tu depa pnye strategy lee..Yg wa x puas ati…
    REGA MAHAL!!!!
    Cekik darah tul Perodua nih!! Dhle downgrade gile2 dr model asal pas tu harga beza sikit je dr Exora!!!Hampasss!!!
    Kualiti??? Pada wa same je ngan proton..sebab vendor pun yg sama gakk!!!

  54. hehe bro itu la pasal baru test drive semalam kat sunway damansara driver seat dengan second drebar kat depan memang luas la bro :) awesome.

    and after that i decide to open new alza community website. come take a look :)

    http://www.alzaclub.net

  55. mahal2 pun org beli jugak…napa ek? abg ipar aku nk gi book..kansel..sbb lambat sgt dapat daa..dah dekat 10k daa org booking…lu org yg hentam x da apa2 daa..buat haus keyboard komputer lu org daa…

  56. sebab PERODUA.after sale sevice die ok.

  57. ada contoh tak alza modified konsep modelista. aku pon beli alza.

  58. jom mogok komplen harga!!… xptot xptot.
    jgn terpedaya smua nih hrpkan interior je mgancam
    handleing sampann!!… huahuahuahauuuuuaaaa
    puji cps!! lotus ride handleing!!
    mantoppp

Lu komen kat sini: