Amid: Perang Toyota!

Toyotawars00

Ni bukan cerita perang jualan kereta antara Toyota dengan pesaing-pesaing dia. Tapi pada tahun 1987, telah meletus perang antara negara Libya dan Chad. Negara-negara ni kalau korang nak tau terletak kat utara benua Afrika.

Konflik meletus apabila Libya cuba menakluki bahagian utara Chad pada tahun 1983 bagi menggulingkan Presiden Hissenne Habre dan menyokong puak yang digelar GUNT bagi menubuhkan sebuah kerajaan baru. Presiden tersebut tidak diiktiraf oleh kerajaan Libya yang sebenarnya mahu mengekalkan pengusaannya di utara Chad dengan bantuan puak GUNT. Bagaimanapun, Perancis telah datang membantu pihak Chad dan tentera Libya hanya berjaya menakluki kawasan utara Chad yang rata-rata tidak berpenghuni.

Toyotawars01

Bagaimanapun, pada tahun 1986, pihak GUNT telah berpaling tadah dan menyerang tentera Libya dan kesempatan ini diambil kerajaan Chad untuk menakluk semula kawasan yang diceroboh Libya.

Pada tahun 1987, bermulalah satu fasa perang yang digelarkan “Perang Toyota”. Nama ni diberi sebab tentera Chad yang kebanyakkannya hanya menggunakan trak Toyota Hilux yang dipasang dengan senjata berat seperi mesingan dan pelancar peluru berpandu anti-armor jenis MILAN.

Tentera Libya di utara Chad ketika itu ada mempunyai 8,000 askar, 300 buah kereta kebal, sejumlah besar pelancar roket berganda, helikopter tempur jenis Mi-24 dan 60 pesawat pejuang. Kalau nak kira, memang lingkup la tentera Chad. Tapi lain pulak jadi dia.

Tentera Chad yang hanya menaiki Toyota Hilux telah berjaya menewaskan tentera Libya, terima kasih kepada kelincahan Hilux di medan perang dan taktik perang ala-gerila. Beratus-ratus kereta kebal, meriam dan pesawat Libya telah dimusnahkan dan ini memberi kejutan besar kepada Presiden Muamar Ghaddafi, pemimpin nombor satu Libya.

Toyotawars02

Kemusnahan tentera Libya di sini membuatkan tentera Chad telah menyerang dan menakluk sebuah bandar di sempadan utara Libya-Chad bernama Aouzou. Libya kali ini telah menukar strategi perang mereka dan meniru apa yang tentera Chad lakukan – pakai jugak pikap Hilux untuk serangan balas. Serangan balas ini yang diterajui oleh pikap Hilux dan mendapat bantuan jet pejuang telah berjaya menghalau semula tentera Chad dari bandar berkenaan.

Pada tahun 1988, gencatan senjata telah dilakukan dan kes tuntutan bandar Aouzou dan seluruh kawasan utara Chad telah diserahkan kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada tahun 1990. Pada tahun 1994, mahkamah telah menyerah bandar tersebut kepada Chad.

Oleh sebab tu aku memang respek dengan pikap Toyota ni walaupun orang kata tak cantik, tak power dan tak best. Sebenarnya, sampai sekarang puak-puak pemberontak atau tentera negara dunia ketiga masih gunakan trak Toyota sebagai kenderaan pengangkut senjata dan askar.

Sumber Hilux: Netcarshow.com Sumber Peta Chad: Wikipedia Sumber Heli Mi-24: Wikipedia keduanya dengan lesen ini

-Amid-

Kongsi Ramai-Ramai!:
  • Print
  • Facebook
  • Twitter
  • Google Bookmarks
  • Add to favorites
  • Google Buzz
  • MySpace
  • PDF
  • RSS

36 Komen lu orang:

  1. ya… aku suka toyota..

  2. Kalo mcmtu angkatan tentera kita kena beli banyak2 pickup toyota.. bleh jimat kos.. hummer pun kalah ahak3..

  3. uihh. jd hilux nih lebih kuramg cam hummer la kan.

  4. dlm top gear pun dah iktiraf hilux sbg “tak boleh dimusnahkan”…hebat tu….

  5. aku pun teringin pakai gak 4×4 nih…

  6. oh…..

  7. skali arini belaja sejarah pulak.. cayalah amid

  8. peace… no war

  9. toyota tetap di hati..

    (model2 yang lama la, Yang baru cam hampeh)

  10. kete_hitam
    Ah Toyota? Amid like Toyota, I like Lada Niva.

    kete kite
    Lu ada kena mengena ke dengan kete hitam? Nama nak sama? Adik beradik ke? Gua tak kenal Mat Kacau.

    zulkim
    Salah, Hummer ada 8 tayar. CSI eksyen je tu.

    lesen_L
    Ish ni gua rasa nak stat kuliah agama ni.

    dedi
    Tak yah, ini semua propaganda Amid. Dia suka Toyota.

    Firza
    Oh la la. Minat Kru ke?

    carragher27
    Ok. Besok gua bukak kelas ERT. Ekonomi Rumah Tangga.

    strokeboi
    Yesss.. Make Cinta No War!
    Asta la vista bebeh!

  11. wa ade gak toyota

  12. avtomat kalashnikov

    toyota…. i like….
    mat pon bile nk review lexus LF4 plak?

  13. kete_hitam dgn aku satu keturunan dr nabi adam… Ko matpon dr nabi adam gak ke??? ahak3

  14. huh.. betul.

  15. seb baik bapak ako beli satu…

  16. buat g perang jugak ker?

  17. ah…lu yg minat kata gua plak…..skang masyarakat dh bijak…mereka tahu…..

  18. hebat2 hilux..timakasih amid bg knowledge br..xdela kna kelepet..hari ini dalam sejarah 2..proton saga pn ada sejarah gak..jd radiocar buat tangkap p.kalimuthu…

  19. atoyot…

  20. kat msia hilux pun bawak g berperang… perang poster masa pilihan raya…hahaha

  21. jeremy clarkson pun dah sampai kutub utara naik hilux jer..

  22. sekali belajar sejarah daa…mujur tak bg soalan sekali..mau parah nak bagi lulus nih..kuikuikui

  23. huhu Vote for Hilux…

  24. Hilux memang power..dulu masa muar banjir, jalan semua tenggelam. banyak jugak kereta tersadai sebab tak lepas redah air paras bonet..ada 1 hilux tu sempoi je lalu.. bila dah lepas kawasan banjir, semua tepuk tangan..haha

  25. Hummer dah tak kebal…haha

  26. Hummer tak praktikal sebab besar sangat. Balak kat hutan Malaysia ni besar2 dan rapat2. Kalau besar sangat macamana nak lalu? Lainlah klu struktur geografi kita ni byk padang/gurun jewr mcm kat negara2 arab tu. Tu pon senang nak tembak sebab besar…

  27. Hilux best kalo lowered, rim 22inch… perghh..
    Tpi,gua xmpu.. Huhuhu

  28. tengok kat siam diaorg bikin hilux gile2! Bkn hilux je, sume 4×4 diaorg bantai mods.

  29. patut ambulans pun pkai hilux gak sng msk kg…

  30. Prodigy : bro mase peristiwa di muar tu berlaku bro ade x?bro tepuk tgn skli ke?hahaha..jgn mare bro gurau aje

  31. keliru gua ngan artikel panjang2
    cuba lu orang summerise kat sikit

  32. ambulans kena pakai bas ekspres bru bleh bwk ramai org sakit…
    pasai selalu exsiden

  33. ambulans kena pakai bas ekspres bru bleh bwk ramai org sakit…
    pasai selalu exsiden…mat kacau pun bleh tumpang blk kg

  34. toyota tu ape ye..??????

  35. keta toyota terbukti kemanpuannya sama ade di bawa resing ,offroad,( tutup jalan) mahupun dibawa perang ….

  36. toyota terbaik jo.

Lu komen kat bawah: