Glopac GB Nano: Jimat Minyak Ni!

Glopac00

Jika anda biasa mengikuti laporan rali GT pastinya anda perasan kereta-kereta rali tajaan Glopac. Sebulan yang lepas saya telah dijemput untuk ke ibu pejabatnya di Kota Kemuning, Shah Alam bagi menyaksikan demonstrasi produk mereka. Sebelum itu memang saya tidak pernah dengar pun minyak jenama Glopac ni. Kali pertama saya kenal ialah sewaktu MAM-SIC Rallysprint lepas, boleh dikatakan hampir separuh dari kereta yang bertanding ditaja oleh Glopac.  Memang hebat, bahkan, pemandu rali terkenal Sutan Mustaffa Salihin pun turut ditaja mereka.

Glopac001

Berbalik kepada demonstrasi produk tadi, saya diterangkan bagaimana produk minyak mereka dapat menjimatkan minyak dan juga meningkatkan prestasi enjin. Ujian demi ujian dilakukan berserta testimonial pengguna dan carta-carta ujian dyno turut ditunjukkan. Memang sukar untuk dipercayai tetapi minyak Glopac dengan keputusan ujian dyno dapat menaikkan kuasa dari 1.7 hingga 2.1 hp dan torque juga meningkat sekitar 1.4 Nm. Namun rahsia sebenar adalah terletak pada multivitamin enjin GB Nano. Multivitamin ini adalah aditif yang merangsang lebih prestasi enjin dan mengikut apa yang saya dengar dari pengguna GB Nano sewaktu demonstrasi tersebut ianya  memang menjimatkan penggunaan petrol. Jika dahulu setangki penuh dapat bergerak hingga sekian kilometer tetapi jika ditambah aditif tersebut jaraknya lebih jauh.

Glopac003

Bagi membuktikan lagi produknya berkesan, Glopac mengambil tindakan yang betul dengan terlibat dalam rali. Di mana lagi tempat yang sesuai selain dari rali dengan cuaca panas dengan keadaan yang mencabar. Setakat ini mereka telah terlibat secara langsung dalam MAM-SIC Rallysprint, MAM-SIC Rally X dan juga Kejuaraan Rali Malaysia [MRC] pusingan 4 baru-baru ini. Apa yang saya perhatikan, kereta yang menggunakan produk mereka tidak menghadapi masalah mekanikal walaupun kereta tersebut sudahpun berusia sepuluh atau belasan tahun. Sutan Mustaffa juga turut mengakui bahawa suhu enjinnya turun jika dibandingkan minyak mahal lain yang beliau biasa gunakan.

Glopac002

Apapun yang pastinya produk Glopac ini adalah produk tempatan yang setanding dan mungkin lebih baik dari produk import lain yang lebih mahal harganya. Saya cakap lebih pun tak guna juga sebab mana nak sama tulisan dengan pengalaman sebenar. Bagi anda yang ingin mencuba produk Glopac seperti multivitamin GB Nano dan produk lain apa kata hubungi pemandu rali utama Team Glopac iaitu Jai Rizal di talian 014 365 6901 atau Lisa di talian 016 211 1811.

Jai mempunyai bengkel sendiri dan pengalaman yang banyak dengan produk ini dan saya yakin beliau lebih arif untuk menjawab sebarang kemusykilan anda.

Selamat mencuba!

-Mak Uia-

Ps: Glopac juga turut mencari pengedar produknya di seluruh negara, siapa yang berminat boleh juga hubungi Jai.

Popularity: 20% [?]

21 Komen lu orang:

  1. aritu teman ade bace ruangan soal-jawab permotoran dalam satu suratkabo,pembace ade tanye pasal bende alah ni,jenis-jenis benda penjimat minyak,betul ke tak….. pastu editorial dia jawab, itu semua tipu je…. kalo betol musti lame dah pengeluar kenderaan pasang kat kenderaan diorang….. konpius nih…..

  2. tu editorial barat, tak nak ngaku produk Malaysia nih..
    dasar lupa daratan..

    kalo drebar sendiri yang pakai kata ok
    nak percaya editorial automotif yang ntah pape??

  3. menarik ni…mintak le diorg taja gear tinggi,hehehe….lepas ni boleh le jadi pengedar

  4. Han

    yang masaelahnye itu suratkabo melayu……
    tak tau la…..
    kene pecaye kat pemandu la…. diorang lagi tau…..

  5. gunners
    Bacalah majalah Mempelam. Artis tepi kolam.

    Han
    Kereta gua simpan rumah, isi minyak penuh tangki.

    lesen_L
    Bagus juga tu, nanti gua fikirkan, hadiah besar mesti gua punya.

    gunners
    Gua cayyaaaa sama luuuu….!!!

    ZZZzzzZZZzzzZZZzz.

  6. so far aku tengok, ada diaorg pakai masa Rally X haritu. walaupun kereta haritu dah masuk 4 SS. Minyak masih ok, masih mcm baru. GB nano pun ok , pergi Ipoh naik Mercedes cuma pergi balik turun 2 takuk ajer

  7. ye ker…..

  8. memang hebat lepas bubur itu gb nano. boleh kata sudah ketagih ia punya performance…

  9. tak tau harganya ok tak?

  10. costing agak-agak 10 sen / liter petrol. lebih murah daripada pakei ron 97

  11. mana boleh dapat try?

  12. masuk web glopac @ http://www.eglopac.com ,ada contact mereka, ada door to door service

  13. Nama saya wang kang jye dari negeri sabah,saya pun sudah cuba GBnano ni.memang ada berubahan selepas pakai GBnano,kereta lebih kuasa dari dulu pakai Ron 97 lah…mesti mau cuba,,

  14. support produk tempatan…tp klu ade testimoni drp pengguna secara rawak lg bagus..jgn laa ambk testimonial drp sedara mare ke

  15. mahal tak…

  16. klu btul jimat pn aku rasa x untung jgk sbb nk pakai minyak ni dh kira kna kluar duit pas tu round habis 1tangki stakat jimat rm10-15 kiara mcm sama jgk. klu brg ni bg free / rm1-2 je x pe lh bru blh ckp jimat.

  17. boleh la cuba nanti.. nak balik kampung raya ni

  18. try dulu baru tahu….

  19. btul gd lah…

  20. Ni ada testimonial dari pengguna
    http://www.youtube.com/watch?v=C-mXu3J4n5c

  21. Minyak Glopac boleh support rally sprint.

    Ini adalah video dari Astro Supersport channel 811

    http://www.youtube.com/watch?v=W9tlS-9oEfc

Lu komen kat sini:

Theme Tweaker by Unreal