Amid: URO Vamtac, Malaysian Style!

UroVamtac00

Korang mesti heran, pasal apa aku asyik-asyik tulis pasal cerita askar? Ye laa, nak baca pasal kereta modified, korang beli je la majalah.

Ok, mungkin korang pernah ternampak kenderaan yang rupa macam HUMVEE tapi bukan HUMVEE dengan celoreng askar kita atas jalan. Sebenarnya, menda ni nama dia URO Vamtac dan berasal dari Sepanyol, bukan Amerika Syarikat.

UroVamtac01

Kenderaan ni asalnya direka untuk tentera Sepanyol yang memerlukan satu kenderaan pengangkut taktikal baru. Rekabentuknya sememangnya banyak meniru bentuk HUMVEE tetapi URO Vamtac ini dikatakan lebih baik dari segi prestasinya berbanding HUMVEE.

Pada tahun 2008, kerajaan Malaysia telah bersetuju membeli 85 buah Vamtac dengan kontrak bernilai RM56.1 juta. Syarikat tempatan, MASDEF telah diberi kepercayaan untuk mengimport masuk dan mengubahsuai Vamtac mengikut kehendak tentera darat kita.

Antara konfigurasi yang dibekalkan ialah sebagai pelancar peluru berpandu darat ke udara Igla, pelancar peluru berpandu anti kereta kebal Metis, pelancar grenad automatik 40mm dan pembawa mesingan berat 12.7mm. Bentuk badannya yang besar dan luas membuatkan Vamtac cukup sesuai dijadikan pengangkut senjata berat.

-Amid-

Matpon: Gua suspek macam ada yang tak kena je dengan artikel Amid ni.

Sumber gambar 1: Oscar / Wikipedia Sumber gambar 2: Porras / Wikipedia keduanya dengan lesen ini.

Popularity: 12% [?]

Kongsi Ramai-Ramai!:
  • Print
  • Facebook
  • Twitter
  • Google Bookmarks
  • Add to favorites
  • Google Buzz
  • MySpace
  • PDF
  • RSS

Related posts:

  1. Amid: Perang Toyota!
  2. F1: Panas: Air Asia mungkin taja pasukan F1 Litespeed Lotus!

27 Komen lu orang:

  1. first…
    gua sokong jer army kita pakai nie…gua suka
    ringkas benor artikal nie…apasal amid?

  2. bagus utk org yg x suka membaca
    tp… gambar kene lebeh lg la……

  3. Ok gak keta ni, kalau bwk balik kg ni gerenti gempak….tp agaknye berapa harge die haa……

  4. harge die? cube tgk.. 85 bijik dgn harge RM56.1 juta= RM660,000..huhu dh leh angkat skyline gtr baru tu.. tp sape2 kampung die kat utan blantara lehla beli ni.. gile best

  5. tu harga borong, klu beli satu mau lebih sejuta tuuu…..
    Klau aku tengku mahkota mane2 negeri mau aku mintak bapak aku beli satu utk aku niii…
    tapi aku org miskin beli yg scale model pon dah bangga habis…

  6. Askar Malaysia ni memang giler kreatif bab2 modified military vehile nih. Jurulatih aku cakap, kalau vehicle tu import dari USA then after a few year askar USA datang buat latihan kat sini, diorang pun tak boleh nak kenal yg vehicle tu keluaran negara dioarang….haha

  7. sekali sekala baca pasal askar ni best jugak sebenarnya.. itu hari kereta kebal.. er, amid pasni kasik review pasal jet pulak ke..

  8. jangan dibubuh bodykit ah beng suda..
    kat mana ada jual ha scale model mende ni??

  9. banyak negara 1malaysia berbelanja beli barang untuk defence…
    jom main perang2…pakai yang betol punya.

  10. apa nak dikato

  11. oh…style…..mcm gua….

  12. Bagus2.. aku sokong kalo kerajaan tingkatkan infrastruktur pertahanan negara… weldan3

  13. Bagus2..

  14. ni buat main 4×4 challenge sedap nih….

  15. kena bukak ketegori baru ni…

  16. vamtac..ganas dan brutal..memang best kalau digunakan jntuk sukan 4wd…

  17. tukar jadi website askar la hehe…garenti kerjaan support gear tinggi ni!mana tau gov bg budget 100k setahun ke hehe.

  18. ilmiah…

  19. amid dah berubah….dgr2 die nk join team ahh beng…
    mat cuba ko bongkar misteri ni

  20. Malas itu amalan mulia

    GuabukanMatpon

    1.11 pagi 171109

  21. Kang aku tulis panjang2 kang, korang gak boring nak baca… Untuk maklumat, penghantaran Vamtac ni belum selesai lagi, dan gambar dia cukup susah nak dapat. Ada pun gambar besar taik hidung je, tak best nak tempek kat sini.

    Nanti aku update lagi kalau dapat berita baru…

  22. tengok gambo #1,ade muke-muke humvee,tapi dari sudut gambo #2, nampak cam land rover plak….

  23. sekadar utk pengetahuan…teringat gua lagu “sekadar dipinggiran”

  24. aku ade nampak humvee sojar ni konvoi rmai2 kt melaka dlm bln 10 yg lpas.. tp x pasti sme ada humvee us @ humvee mdm (malaysia domestik market)..

  25. aku rase askar pun turut terpengaruh dengan majalah modified kerete ni sampai keta kebal pun dia nak bikin

  26. aku rase askar pun turut terpengaruh dengan majalah modified kerete ni sampai hummer pun dia nak bikin ade
    kangoo bar besar tu…

Lu komen kat sini: