DASAR AUTOMOTIF NASIONAL 2009

Dasar Automotif Nasional (NAP) telah diumumkan semalam dan pastinya ramai dari kita sudahpun mengetahuinya samada dari akhbar atau blog. Terutama sekali dari blog yang penuh dengan komen merapu dan sampah. Untuk membuat kesimpulan sememangnya mudah namun selepas membaca sendiri kenyataan rasmi dari MITI ternyata ianya tidak semudah yang saya fikir. Bahkan saya yakin, ruangan akhbar pun tidak muat untuk memaparkan intipati semakan semula NAP tersebut.

Saya cuba ringkaskan kenyataan MITI untuk rujukan dan pemahaman kita.

1. Proton perlu berkerjasama dengan syarikat automotif global untuk peningkatan eksport, menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluaran serantau, pemindahan teknologi dan pelaksanaan aktiviti R&D di Malaysia, peningkatan kandungan tempatan dan pembangunan program vendor Bumiputera, meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam jaringan pengedaran kenderaan dan jenama PROTON dan syer pasaran tempatan untuk segmen tertentu akan dikekalkan.

2. AP Terbuka untuk kenderaan terpakai (perdagangan, penumpang dan motosikal) akan dimansuhkan pada 31 Disember 2015 dan AP Francais akan dimansuhkan pada 31 Disember 2020.

3. Sebagaimana diumumkan dalam Bajet 2010, setiap AP Terbuka yang dikeluarkan akan dikenakan caj sebanyak RM10,000. Satu dana akan diwujudkan menerusi kutipan caj tersebut bagi membantu usahawan Bumiputera menceburi bidang/aktiviti tertentu, termasuk:

  • mendapatkan hak pengedaran/francais bagi jenama-jenama lain;
  • program pembesaran bagi pengedar yang dilantik.
  • menceburi sub-sektor automotif atau perniagaan lain;
  • menaik taraf bilik pameran dan pusat servis; dan
  • penyertaan dalam seminar/pameran/persidangan/mesyuarat atau misi perdagangan berkaitan automotif.

4.Lesen Pengilang: Mempromosikan Segmen Berimpak Tinggi.

Pembekuan Lesen Pengilang (ML) baru yang dilaksanakan sehingga ini akan ditarik balik bagi segmen automotif terpilih yang dikenal pasti sebagai strategik dan berimpak tinggi kepada ekonomi negara. Liberalisasi Lesen Pengilang ini penting dalam menghasilkan keuntungan yang lebih tinggi, kenderaan berorientasi perniagaan dan kenderaan yang mesra alam sekitar.

Langkah baru1 :

Secara khususnya, dasar baru ini akan menarik balik pembekuan Lesen Pengilang bagi segmen:

  • kereta mewah berkapasiti enjin 1,800c.c dan ke atas dengan harga atas jalan tidak kurang daripada RM150,000;
  • kenderaan hibrid dan elektrik;
  • kenderaan jenis pick up;
  • kenderaan perdagangan; dan
  • motosikal berkapasiti enjin 200c.c dan ke atas.

Pengeluaran Lesen Pengilang baru bagi segmen ini tidak dikenakan syarat ekuiti.

5. Pengecualian Cukai ke Atas Nilai Peningkatan Eksport bagi Kenderaan dan Alat Ganti/Komponen

Kajian semula NAP memperkenalkan kadar pengecualian cukai yang lebih tinggi bagi produk yang dieksport yang mempunyai tahap nilai tambah tertentu. Ini mencerminkan sasaran negara dalam meningkatkan jumlah dan kualiti produk yang dieksport. Pada masa ini, pengecualian cukai ke atas pendapatan berkanun bagi semua sektor ditawarkan berdasarkan peningkatan pada peratusan nilai tambah produk.

Langkah baru2 :

Pengecualian cukai ke atas pendapatan berkanun untuk pengilang dalam industri automotif ditingkatkan:

  • daripada 10 peratus kepada 30 peratus daripada nilai peningkatan eksport yang diberikan kepada pengilang dengan syarat produk berkenaan yang dieksport mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus nilai tambah; dan
  • daripada 15 peratus kepada 50 peratus daripada nilai peningkatan eksport yang diberikan kepada pengilang dengan syarat produk berkenaan yang dieksport mencapai sekurang-kurangnya 50 peratus nilai tambah.

6. Pewartaan Harga Kereta Import Terpakai untuk Menangani Masalah Underdeclaration

Pada masa ini, pewartaan harga hanyalah bagi kenderaan baru yang diimport dalam bentuk yang dipasang siap (CBU) untuk tujuan pengiraan cukai. Kajian semula NAP akan turut mewujudkan pewartaan harga bagi kenderaan CBU import terpakai.

7. Insentif Lebih Menarik bagi Pengeluaran Komponen/ Alat Ganti Kritikal dan Bernilai Tambah Tinggi

Syarikat-syarikat yang terlibat dalam aktiviti pengeluaran transmission system, brake system, airbag system dan steering system layak untuk mendapatkan insentif fiskal yang lebih baik iaitu layanan Taraf Perintis (PS) sebanyak 100 peratus bagi tempoh 10 tahun atau Elaun Cukai Pelaburan (ITA) sebanyak 100 peratus bagi tempoh 5 tahun.

8. Galakan bagi Kenderaan Hibrid/Elektrik dan Pembangunan Infrastuktur Berkaitan

Cadangan Baru3 :

Pelaburan dalam aktiviti pembuatan atau pemasangan kenderaan hibrid dan elektrik akan mendapat:

  • 100 peratus PS atau ITA untuk tempoh 10 tahun;
  • Geran bagi R&D dan latihan di bawah Galakan Istimewa (Customised Incentives) sebagai tambahan kepada geran sedia ada;
  • pengecualian duti eksais sebanyak 50 peratus daripada kadar semasa bagi kenderaan yang dipasang dalam negara atau pemberian geran di bawah Dana Penyelarasan Industri (IAF);
  • PS sebanyak 100 peratus bagi tempoh 10 tahun atau ITA sebanyak 100 peratus bagi tempoh 5 tahun bagi pengeluaran komponen kritikal seperti:
    • electric motors;
    • batteries;
    • Battery Management System (BMS);
    • Inverter;,
    • electric airconditioning;
    • air compressor;
  • Insentif-insentif lain yang lebih menarik boleh dipertimbangkan secara customised bergantung kepada aktiviti yang dicadangkan.
  • Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan mewujudkan pelan jangka panjang pembangunan infrastruktur bagi kenderaan elektrik.

9. Pinjaman Mudah/Geran.

Bagi meningkatkan daya saing pengeluar komponen dan alat ganti serta meningkatkan sumbangannya dalam industri automotif dan ekonomi, dana Pembangunan Automotif (ADF) dan Dana Penyelarasan Industri (IAF) akan diteruskan.

10. Standard: Usaha Bagi Meningkatkan Keselamatan.

I. Pembangunan Sepenuhnya Kemudahan Vehicle Type Approval (VTA)

Di bawah NAP sedia ada, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah dipertanggungjawabkan bagi melaksanakan VTA yang mana pada masa ini masih belum dibangunkan sepenuhnya. Di bawah kajian semula NAP, Kementerian Pengangkutan akan memberi keutamaan di dalam Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RMK-10) untuk memastikan penubuhan sepenuhnya kemudahan VTA bagi standard dan pengujian.

II. Pengenalan dan Penguatkuasaan Standard Mandatori Secara Berperingkat ke atas Komponen dan Alat Ganti

Penguatkuasaan standard mandatori ke atas komponen dan alat ganti masih lemah memandangkan tiada agensi penguatkuasaan khusus yang bertanggungjawab dalam menguatkuasakan standard. Di bawah kajian semula NAP, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan menyelaras dan mewujudkan pelan jangka panjang bagi memperkenal dan menguatkuasakan standard mandatori bagi semua produk automotif.

III. Pemansuhan Secara Berperingkat Pengimportan Alat Ganti dan Komponen Terpakai

Kesedaran terhadap keselamatan dan alam sekitar telah meningkat disebabkan pengimportan alat ganti dan komponen terpakai tanpa sebarang sekatan atau pemeriksaan wajib. Kajian semula NAP akan memperkenalkan satu mekanisme bagi larangan pengimportan alat ganti dan komponen terpakai berkuatkuasa Jun 2011.

IV. Pemansuhan Berperingkat Pengimportan Kenderaan Perdagangan Terpakai

Pada masa ini, pengimportan kenderaan perdagangan terpakai adalah dibenarkan. Di bawah kajian semula NAP, pengimportan kenderaan perdagangan terpakai akan dimansuhkan berkuatkuasa 1 Januari 2016 selaras dengan:

  • pemansuhan secara berperingkat pengimportan alat ganti dan komponen terpakai; dan
  • pemansuhan sistem AP bagi kenderaan terpakai.

V. Pelan Pembangunan Standard Bahan Api Minyak Petrol dan Diesel bagi Kenderaan

Bermula September 2009, spesifikasi EURO 2M bagi petrol dan diesel telah dilaksanakan. Kerajaan ketika ini telah mensasarkan untuk melaksanakan spesifikasi EURO 4M bagi petrol dan diesel pada 2011. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan mewujudkan pelan pembangunan jangka panjang bagi standard dan kualiti bahan api minyak dan petrol.

VI. Pengenalan Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan

Pada masa ini, terdapat 2.7 juta kenderaan penumpang berusia 10 tahun atau lebih berada di jalan raya. Berbanding negara lain, Malaysia mempunyai kadar pelupusan kenderaan lama yang rendah dan purata usia kenderaan yang tinggi.

Sebagai langkah awal ke arah pelaksanaan sepenuhnya Dasar Tempoh Jangka Hayat (ELV), kajian semula NAP akan memperkenalkan pemeriksaan mandatori tahunan sebagai syarat bagi pembaharuan cukai jalan untuk semua kenderaan berusia 15 tahun atau lebih.

Kementerian Pengangkutan akan merangka pelan bagi mewujudkan Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan.

11. Sistem LESEN IMPORT

Selaras dengan komitmen antarabangsa Malaysia, sistem pentadbiran AP Terbuka akan dimansuhkan mulai 31 Disember 2015, manakala bagi AP Francais pula pada 31 Disember 2020.

Bermula 1 Januari 2010, caj sebanyak RM10,000 akan dikenakan bagi setiap unit AP Terbuka yang dikeluarkan dan hasil kutipan akan digunakan bagi mewujudkan dana khas untuk membantu syarikat Bumiputera menceburi bidang perniagaan automotif dan perniagaan-perniagaan lain.

12. Tarikh Kuatkuasa.

Dasar dan langkah-langkah baru ini akan dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2010.

*Kenyataan rasmi di atas telah disunting. Untuk versi penuh, klik: Dasar Automotif Nasional

-Mak Uia-

Klik Untuk Perkongsian Media Sosial //
  • Facebook
  • Add to favorites
  • PDF
  • RSS
  • Print

Muhammad Md Tajudin

93 Comments

  1. Saya fikir pastinya dasar barang terpakai tu akan dikaji semula sebab saya yakin kebanyakan saudagar Cina akan bersuara dan menentang. Kalau tak diaorang nak meniaga apa? CD cetak rompak?

    ……………………………………………………

    Betul tu kalau saudagar cina bersuara baru depa ambil pot kalau saudagar melayu bersuara ,depa buat tak dengaq saja la.agak runner2 nak kerja apa pulak lepas ni ,mat despatch kot.

  2. aku kalo produa nk lingkup pn aku xkisah langsung..tp proton,aku kisah..proton best.yg jadi xbest ialah segelintir “burbudus” yg nk jaga kroni sendiri..last2 proton yg dapat nama buruk..try proton tu berdiri sendiri..jgn ada campur tgn politik..aku rasa proton bleh pg lg jauh..design keta yg lagi best..kualiti yg lagi best..

    nk tiru mcm jepun??diaorg,even dlm ceruk kg pn still ada pengankutan ketapi..bas..tp kalo kat malaysia??aku nk ke JB pn ssh..lain kalo aku duk kat KL serba serbi ada..

    pada aku..kalo kerajaan nk laksanakn benda nih pn..maksure taraf idup rakyat malaysia dah naik..kemiskinan tu kire kurang sngt2..pengankutan awam dah meluas..sampai ke ceruk kg..terutama kat sabah n serawak..

  3. Cuba citer camne aku, Mat Pon, Baii & Mak UIA nak cari makan pasni?

    —————————————————————--

    pasni mat pon dah xleh eksen gn bugati veron beliau lg..sb dah kena timbang kati..xde duit nak makan nasik

    padan mukda..eksen sngt

  4. aduh gomen, pusing2 balik pun, masuk poket kroni jugakā€¦.. wakaka..
    hampir 50 % rakyat malaysia depend on half-cut utk spare part keta. klu wat camni mampos la kami nie yang berpendapatan sederhana nie…..

    apa diaorang tak pikir ke pasal rakyat?

  5. btol2 mattno index jenayah curi kete beratus peratus la naik nya..nk brg cpt n murah..dr dok dasar itu ini baik la gomen pikir kn pasal pengangkutan awam yg alai balai je aku rs..dhla alai balai xselesa lak 2..bli beskal BMX le pasnie..

  6. pendapat aku,

    kereta curi diorang lerai tolak halfcut. maybe ini cara kerajaan nak kurangkan kes curi kereta tapi aku rasa tak kena gaya la. drastik sangat.

    pasal harga parts dari supllier sah mahal, maybe sebab demand kurang pasal banyak orang pergi cari ke halfcut. bila halfcut takde, demand tinggi, mungkin, diulang sekali lagi mungkin harga parts akan turun.

    tapi ini apply utk kereta baru la.

    kalo kereta lama kadang2 mana ada dah parts baru.

  7. Nk tanye la CEO proton tu die pakai krete brand ape ha?
    Ade tak die pakai brand proton gak?

  8. DAN/NAP ni ada iras2 polisi macam kat singapore
    tapi gaji rakyat melaysia langsung takde iras2 pon macam gaji kat singapore
    kat singapore sapu sampah pon bleh dapat gaji rm2000
    kalo nak tiru,tiru la semua…rakyat untung,gov untung
    ni tiru yang gov untung je….mampus keras la rakyat

  9. aku nak ikut juanzargus jugak …nanti pru 13 kita beritau dasar ni ok ke tak ok.

  10. buat dasar tak ada jiwa automotif langsung.. gua baru berangan bila dah kaya sikit nak angkat V6 n main enjin E3.. Kalau xde halfcut, cmane nak cari barang? nak pakai enjin standard? nanti gearbox barai, dengan kehidupan gua sekali barai..

    Mungkin kerajaan nak kita main basikal macam dulu2 agaknya..

  11. arghhh…….cemana aku nak pakai perdana evo 3 bile abis skolahnanti????? halfcut dahx der…….haku ax sanggup pki keta standardgaban….huhuhuhu :(

  12. 1) nak beli kete, kete mahal & utang panjang..
    2) nak beli kete second, umur kete dah lanjut..
    3) Dah beli kete, kos maintanance/repair/alatganti mahal..
    4) Nak naik pengankutan awam, tak efisen plak..
    5) nak naik moto, jalan berlubang2 ( xselamat ).

    Pendapatan kelas 3…..

    wargh.. malas nak pikir. LU pikir la sendiri…

  13. agaknya berapa depa nak letak harga mpv ni

    http://photobucket.com/images/perodua%20mpv/?&userinit=true&source=header

    bagi golongan spt aku yang berkeluarga ramai dan berpendatan sederhana amat berharap agar duti dan cukai untuk mpv dikurangkan kalau boleh hapus pun tak pa bagi 1600cc kebawah dan yang dipasang di malaysia pun cukup la .pasai mpv bukan lagi kehendak tapi dah jadi keperluan.tak kan nak bawak anak,bini,mak dan bapak naik bas kot kalau nak bercuti ka,keluar hujung minggu atau pun pi kenduri dan juga setaun sekali balik raya kat kampong.kalau kaya tak pa la pos naik fligt balik kampong.kalau veyron nak bubuh duti sampai 1000% pun aku tak heran.nak bubuh minyak pun tak lepas tambah lagi nak bayar bulan-bulan.

  14. cmna lh lps ni nnti keta dh abih htang bank tp dh lebih 15thn lk
    ank2 pn dh start masuk skolah
    nk tukar keta mmg x cukup duitnye
    baru pk nk bebas hutang sbb nk tanggung ank2 skolah
    dibuatnye plk dasar yg bukan2 yg menyusahkan rakyat.
    klu nk lupus keta lama -- keta baru tu jual lh murah2 skit.
    betul tak kwan2?
    *yg pasti vtec 20thn pn x leh nk samakn dgn proton baru 1minit kluar kilang.

  15. salah satu punca timbul masalah dalam segmen automotif di negara kita adalah kerana kita buat kereta sendiri. konon nak jadi pengeluar kereta… sapa kita? ilmu masih jauh dan belum setaraf dengan engineer luar..dana kecik, perlu bantuan kerajaan, pastu letak harga tinggi dan paksa rakyat beli dengan mahalkan kereta import. Proton dah berapa kali rugi… kerajaan bail out.. pengurusan hampeh.. kualiti hampeh…pastu naak eksport lagi… sapa nak beli.. berapa banyak untung hasil dari eksport.. bila dunia semakin global dan ekonomi dunia tak kenal sempadan baru tahu sapa kita.. kita gagal dlam sektor automotif… pastu wat macam2 dasar konon untuk jaga sektor automotif… sedarlah kita,Indo yg ramai penduduk tak buat kereta sendiri, Singapore dan Brunei yg kaya pun tak buat, negara Arab yg hasil minyak melimpah ruah pun tak buat kereta sendiri… apa untungnya buat kereta sendiri kalu keta import lebih baik dan harga lebih murah.. nk untung wat macam Thai, ramai pengeluar kereta bina kilang disana.. boleh beri kerja pada rakyat dan hasil cukai yang banyak..sedarlah juga sapa kita dalam arena autumotof ni.. kita mentimun mereka durian.. sampai kiamat pun tak leh nak lawan mereka.. kita jaga sektor yang sudah semestinya kepakaran kita seperti sawit, getah, balak, petroleum, pelancongan dsbnya sudahlah. teorinya mudah jer.. contohnya kita terer dlam badminton dunia tapi hampaeh dalam bola sepak asia sekalipun.. so takk yah letak harapan tinggi pada bola sepak, baik fokus pada badminton… kesimpulanya.. jika kerajaan prihatin pada rakyat, ia tak lah wat dasar yang bebankan rakyat… so slogan rakyat didahulukan tu kena kaji balik la… yang kecewa…

  16. Nak maju hendak tak nak kita kena bergantung pada teknologi. Kita kena cipta teknologi bukan setakat pengguna teknologi.

    Ekonomi yang bergantung pada kudrat semata tidak akan ke mana. Sebagai contoh tengoklah durian, padi dan sebagainya. Kita sukar nak bersaing dengan Thai. Di Indonesia sana pun syarikat kita banyak buka ladang sawit sebab kos buruh yang murah.

    Singapura dan Jepun maju sebab teknologi. Kita bolehlah juga bersaing dalam bidang perlancongan tapi sekali Indonesia swing, terbalik kita sebab di sana pun banyak tempat lagi menarik, murah pula tu.

    Tapi 1 hal dengan teknologi, kita tak boleh pandai dalam masa singkat, perlu ada jatuh bangun. Dan dengan gagal tu baru boleh berjaya. Kalau teknologi tu mudah, semua dari kita akan bergelar jurutera dan saintis lah.

    Kita dah kena jajah beratus tahun. Merdeka 52 tahun. Bukan soal kepandaian, tapi cara berfikir dan sikap tu yang kena betul.

    Tak kira lah dalam bidang buat kereta ke buat polisi ke kuatkuasa polisi ke.

    Walaupun saya minat kereta tapi terus terang saya kata kita banyak buang masa bertekak pasal kereta. Kalau kita lihat dari kehidupan total, kereta patutnya jatuh tempat ke 2 atau 3. Ada duit 10-15 ribu dah boleh beli kereta, kalau nak jimat beli Proton Saga terpakai yang harga 4-5 ribu.

    Tapi pasal tempat tinggal, dengan duit banyak tu boleh buat bangsal saja. Pada saya, lagi baik kerajaan buat dan KUATKUASA polisi supaya semua orang boleh tinggal dalam rumah selesa dengan harga murah.

    Saya memang termenung setiap kali tengok iklan rumah yang agak selesa, harganya 300-400 ribu.

    Nak buat rumah lagi mahal dan susah dari nak buat kereta rupanya.

  17. 1malaysia.. nanti korang pool aje laa kereta sbb macam2 benda pasla kenderaan yang dah mula karut marut govt dok rancang kekeke

  18. lepas nie x merasa laa nk pk brg2 JDM..klu nk pon kn gi yahoo auction japan kos da tentu tiggi..jalan2 kat malaysia nnt penuh laa dgn design2 ahbeng yg mengarut2..silap2 BLM otoromen taro pon ade

  19. ermm..apa aku nk komen..
    gov nk wat apa2..sket sbyk adalah utk negara..
    (sket utk negara n rakyat..byk utk kroni2 dan ‘jerung’ bak kata amid-sapa bleh object statement aku nih?)…
    maka secara xlangsungya utk rakyat..
    tapi..yg aku heran..
    nape byk2 dasar gov dibuat tergesa2?..xmelalui kajian yg perbincgn yg panjang?..cth..ppsmi?..nape cpt sgt berubanhya?aku ingat lg masa pelancaran ppsmi dlu..hr ni menteri bertanggungjawab buat pengumuman,esk lusa trus pelancaran..last ckgu ‘dipaksa’ secara xlngsung memikir kaedah sesuai utk pelaksanaan ppsmi..sbbnya?..yg aku nampak masa menteri tu lancar dlm keadaan yg gov hampir xredi..last2..tukar balik pengajaran sc mate dlm bm..jgk tergesa..nape nk hapus terus?nape xditambah baik je?..
    sama jgk dgn DAN ni..nape nk implement terus?..nape xperbncangkan lagi?..sdgkan byk yg dasar drangka, gua jamin la..kesan dia pada rakyat sket sgt..mmg la secara halusnya akan merancakkan lg perkembangan teknologi..tp adakah akan dinikmati oelh semua rakyat?..jgn smpai nk majukan negara..last2 jurang kaya-miskin makin melebar..yg kaya terus kaya..yg miskin terus papa kedana..n xmustahil suatu masa nanti malaysia hanya terdiri dari dua golongan sahaja..kaya n miskin..mcm negara jiran kita..pikir2kan..
    err..ada ke wakil gov byk komen2 kt sini?..

  20. ada benar gak kata mak uia tu… kita perlukan teknologi untuk maju.. sama seperti negara maju yang kita ketahui.. masalahnyer sekarang untuk kita kuasai teknololgi perlulah kuasai ilmu dulu. ilmu amat penting.. dasar gov dlm pendidikan pun dh haru biru.. kejap ppsmi kejap balik BM.. nk wat sesuatu.. buat dulu baru kaji.. org lain kaji dulu baru buat.. so kita makin ketingglan dlm mengejar ilmu.. tmbah lagi sekarang semua dasar yang yg dirangka melibatkan kepentingan sesetengah pihak.. hancur la msia kita lps ni.. buat jambatan runtuh, stadium runtuh, makmal komputer runtuh, apalagi nk runtuh lps ni..politik was responsible for all this…

  21. yez..
    itulah kata2 yg plg tepat.
    kerajaan kita buat dulu bru kaji..
    rnd kununnya..
    tp ingat ni brg ke nk buat dulu kaji kemudian?..
    ini dasar beb..yg akan menentukan hala tuju negara..
    kena kaji btol2 bru laksana..
    yapeda..

  22. daddy ayie aku stuju ngan ko.gomen wat dasar ni tuk memaksa rakyat2 beli proton or produa..kalau nak pakse pun biarlah kualiti dua produk negara tu dipertingkatkan dulu…ini x mcm hampeh jer..
    Pengharaman pengimportan alat ganti terpakai tu mmg aku x stuju.ini semua akan mengurang kreativiti anak2 muda kita dlm bidNG PERMOTORAN dan menaikkan lg beban golongan2 pndptn rendah
    mencari alat ganti kereta..

  23. Mr Alan…Untuk pengetahuan lu, Encik CEO Proton pakai Persona kaler hitam…plat gua x igt…Gua syak dia ada kereta lain lagi…tapi hr tu ms wedding member gua kat Subang jaya, dia dtg dgn fmily…skali CEO Celcom…kitorang try ushar2 CEO Proton ni time nak blik…wah…kira okla../.CEO pakai Proton ..maknanya dia ckp serupa bikinla…CEO proton nila yg present masa Exora 1st time launching hr tu…pae ke nama dia hah…?Ha…Datuk Syed Zainal Abidin Tahir …

  24. Kenapa en.gomen nak bagi poket golongan marhaen macam gua makin sakit tahap icu?? Kalau dah harga carburetor saga purba yang BARU beli kat srvc ctr pun rm4ribu walhal kdai potong jual BARU rm2ratus apakehal lak kalo kedai potong dimansuhkan sok? namblas juta kot harga dia..

    Buleh ke gua & geng yang sewaktu dgnnya ni yang b.list beli kete baru next time tu..udah kete buruk tokleh pakai. Oleh itu marilah ramai ramai beli beskal g keje.Kalo anak ramai convert jadi beca.Leh naik pat lima orang.Badan sihat otak pun cerdas. Hidup 1MALAYSIA!!!

  25. Huhuhuhu

    Carb. pun RM4k???

    Abih larr, lepas ni nak bayaq duit kreta lagi… duit rumah lagi…

    Selamanya membayaq hutang hahahahaha
    Nak waris kereta kat anak pun xboleh dah

    Abis2 xada duit kerat jari klaim insurans

  26. org bawahan ttp susah org vvip ttp senang.mereka yg pakai kereta buruk ni yabg beli parts 2nd.org vvip peduli apa kita susah sebab mereka dpt projek juta2.anak cucu pun tk habis mkn.lepas tu dpt ap utk beli kereta mewah baru. mereka beli pun murah sbb dpt ap.ap ni hya utk mereka saja.org bawah dpt apa..bila nampak org bawah nak senang sikit mereka buat dasar baru kerana nak susahkan org bawah dan mereka plk senang dpt tender2 baru.kita akan susah smpai bila2 selagi mereka tidak benar2 ikhlas.kita selalu pikir hari ni nak makan apa..mereka plk pikir hari ni nak makan siapa…awas.

  27. Thanks gila kereta
    OK la tu CEO Proton pakai kereta proton gak
    Ade semangat patriotik skit.

    Kat sini ade link seorg engineer proton yg bg komen ttng bagaimana susahnye proton utk mghasilkan sebijik kereta.
    Bkn stakat susah bahkan kene tiru lg ngan mitsubishi.
    Semga info ni dpt mmbukak mata kite skit

    http://kereta.info/new-perdana-replacement-model/

  28. susahnye jadi susah,senangnye kalau dah jadi senang bak kate ORG MISKIN,samelah kite,hari-hari pikir cmne nak tambah duit,datang dasar baru,tros jatoh terduduk,x taw nak buat ape….kalau dah nasib begini nak wat camno???redha jeklah
    dah ar aku minat kat perdane combet eterna,skang ni punye idop lak nak beli RXZ seken pon tak mampu……….nasib,nasib……

    KITE HIDOP UNTUK BERHUTANG,HUTANG LAK KELILING PINGGANG

    INILAH RENCAH KEHIDUPAN…………….

  29. tumpang masuk… newbie nak celah ni…
    saya sokong apa yg bro2 smua ckp… bnyk yg btulllll… sya keja gov gak… kat Majlis Perbandaran…
    kalu amik cth bruk prgai org atas ni… korg keja kat Majlis2 ni… dari tender smpai claim smpai klulusan projek… terang2 kaut. cuma bukti xda. sbb arahan org atas bnyk pkai arahan lisan xda itam putih… engkar je…alamat ler naya.
    yg kaya tmbah kaya… yg miskin bnyk utangnya… huaaaaaaa…

    skrg nak pkai keta buruk aku tu (keta kebal KE70) pun kerajaan xnak bg gak ker… jrg aku dgr xcident kat jln punca dr keta2 bruk ni… bnyk proton ngan perodua ade la… kat tv ker… kat paper ker… mmg bnyk nyer keta nasional gak…

    kalu tgok org kaya…cth kerabat perlis kat keramat tu… mana de pkai proton… xmain lar… yg ada keta2 jepun, eropah… pling dasat… “Humvee” atau “Funvee” (Hummer) wa ckp lu…

  30. huuuu… wa ckup jeles ngan org kaya2 ni… senang tul dpt lubang wat duit… janji POWERRRR ada… lu org xda power… bule jd resakse kena terajang otromuniandy jer… huahuahua…

    nih…tah2 aku ckp dlm ni silap ari bulan gov buang aku agaknyer… hai… mkn smpah ler jawabnya. ngan anak2 aku pun aku bg mkn smpah kut… pe nak wat… org atas ni mane bule kena sound org bwh… merah telinga wa ckp lu… kalu lu org brani… kalu xleh buang keja… dorg carik pasal smpai lu org kena buang… paling busuk pun gaji xgerak… rekod nak bsara buruk… kalu bule smpai mati la dorg nak pijak…

    saper nak keja gov pun… kena pkai kabel aper… xda kabel xyah mimpi lar… baiknya kabel… politik laaa… xtau ker… huahuahua…

  31. org kaya yg paling buruk perangai kat msia ni… tokeh insuran lar… mmg dia round duit korg ckup2… letak dlm fix depo… untung smpai cicit, cacit… cirit… korg nak claim… mcm nak mati kalu nak claim… CEH!!!

  32. tutup hafkat mampusla bengkel aku kije xde org anto nk tuka enjin..
    nanti Sepang Drag Battle,MUSC,jempol bukan makin maju,tpi makin mundur..
    lame2 kete paling laju boleh pegi 20seconds=400metre..mampus..motorsport terguling-guling..
    byangkanla klau gearbox@part2 enjin 4g93t,4g63t,b16 pecah terbarai lepas race,mne lgi nk cari sparepart @ enjin2 ni?
    rakyat didahulukan ke mcm ni??

  33. Mesti menguntungkan sebelah pihak & sebelah pihak lagi ditindas baru la maju…yg untung adalah pihak yg ada kuasa…ada pengaruh nak buat ikut suka2 hati…

Kata Anda//