MAM-SIC RALLYSPRINT 2009: SUTAN KEDUA DENGAN SATRIA 1.6!

DSC00280

Mak Uia: Berikut adalah siaran media rasmi dari Sutan Mustaffa Salihin susulan kejayaan beliau mendapat tempat kedua keseluruhan dan juara kelas C3 [1600cc] MAM-SIC RALLYSPRINT pusingan ketiga.

__________________________________________________________

Siri MAM-SIC RallySprint 2009 adalah antara perlumbaan yang diminati oleh pelumba rali. Dengan kos penyertaan yang murah dan Special Stage [SS] yang menarik dan mencabar, ianya menjadi perkara wajib bagi peminat-peminat rali tempatan untuk untuk turut berlumba ataupun datang menonton.

Pasukan kami adalah gabungan 3 bengkel iaitu Yard Speedworks, SP Tech & Nick Motorsports, dibantu oleh RIS Racing dan juga sokongan dari Glopac Motorsport serta SMS Motorsport & Driving.

Pelumbaan kali ini adalah suatu yang menakjubkan dan mengembirakan kami. Malah kejayaan memenangi MAM – SIC RallySprint Pusingan ke 3 ini adalah hadiah terbaik untuk saya, Sutan Mustaffa dan jurupandu arah, Noorhafidzi yang akan menyambut ulang tahun kelahiran pada 17 & 18 Oktober akan datang.

P1200663

Leg 1: 10hb Oktober 2009 (Sabtu):

Satu hari yang paling ditunggu-tunggu kerana kami tidak pernah berlumba rali pada waktu malam. Cabarannya pasti hebat. Recce telah dilakukan pada pukul 5 petang. Bagi kami ’pace note’ adalah sangat penting untuk digunakan pada rali  waktu malam dan saya telah menekankan kepada jurupandu arah bahawa segala maklumat di dalam SS hendaklah ditulis dengan betul.

Walaubagaimanapun, atas faktor keselamatan hanya 2 daripada 4 SS sahaja yang digunakan pada malam  tersebut. Penganjur membuat keputusan SS 3 dan 4 adalah ulangan SS 1 dan 2.

Walaupun 4 SS berkongsi 2 trek sama ianya tetap mengujakan kami dengan segala persiapan yang dibuat untuk pertama kali berlumba rali di waktu malam. Strategi saya adalah memandu dengan tahap semaksimum mungkin  berpandukan ‘pace note’ hasil recce yang telah disediakan pada petang sebelumnya.

Strategi saya berbaloi apabila telah berjaya menduduki tempat 3 terbaik dalam empat SS yang dipertandingkan. Di SS yang terakhir, pasukan kami berjaya menduduki tempat ketiga keseluruhan dan menjuarai kelas 1600cc.

Satu keputusan yang sangat penting untuk dibawa semasa Leg 2, hari Ahad.

Keputusan Leg 1:

1. Keseluruhan : Guna / Mano (1st Class C5 – Proton Putra 4WD 2.0 Turbo)

2. Keseluruhan : James / Hafiz (2nd Class C5 – Subaru Impreza WRX 2.0)

3. Keseluruhan : Sutan / Hafidzi (1st Class C3 – Proton Satria 1.6)

P1200673

Leg 2: 11hb Oktober 2009 (Ahad):

Semasa dalam perjalanan ke Litar Antarabangsa Sepang, penganjur memaklumkan kepada saya yang pendahulu tempat kedua, James Russell yang memandu Subaru Impreza menarik diri akibat masalah mekanikal. Ianya adalah satu berita gembira kerana kami melonjak satu tangga atas. Walaubagaimanapun,  Ang Meng Yee yang memandu Honda Civic Vtec 1.8 hanyalah 1 saat di belakang kami. Pastinya enjin Vtec yang terkenal berkuasa akan menghambat kami habis-habisan.

Setelah berbincang dan merancang strategi dengan kru, kami semua bersetuju untuk saya memandu dengan strategi ‘maximum attack’ kerana kami perlu menjarakkan masa dari Honda Civic tersebut.

SS 5 iaitu SS pertama pada hari Ahad, masa yang diperolehi saya ialah 51 saat. Saya telah melakukan sedikit kesilapan dengan memasuki selekoh lebih dari kelajuan sepatutnya dan menyebabkan understeer. Namun begitu, kesilapan tersebut berjaya ditebus kembali dan hasilnya kami hanya ketinggalan 1 saat di belakang  pendahulu perlumbaan, Gunaseelan Rajoo dan 3 saat di depan Ang Meng Yee.

P1200815

Sepanjang SS 5 hinggalah SS 8, dengan bantuan kru kami berjaya ‘menjalankan tugas’ dengan baik. Seperti dirancang kami berjaya mengekalkan tempat kedua keseluruhan dan berada 1 min 12 saat di belakang Guna yang memandu Proton Putra 4WD Turbo dan 9 saat mendahului Ang Meng Yee di tempat ketiga keseluruhan yang memandu Honda Civic Vtec Type R 1800cc.

SS 9 bermula tepat pukul 2 petang dan diikuti SS 10 hingga 12. Semuanya berjalan lancar mengikut perancangan kami dari SS9 sehingga SS 10. Pemanduan yang mantap dan keadaan kereta yang baik membolehkan kami mencatatkan masa yang sama iaitu 51 saat bagi SS 9 dan memperbaharui catatan masa ke 1 minit 42 saat bagi SS 10.

Namun begitu, kejayaan tidak dicapai semudah yang dirancang. Pada penghujung SS 11, saya telah mula merasai sesuatu yang tidak kena dengan enjin. Di atas jalan tar dan hanya tinggal 1 km menuju ke garisan penamat, kuasa enjin yang berada pada 7500 rpm dalam gear 4 telah mula menurun dan kehilangan kuasa. Saya telah mengambil keputusan untuk memperlahankan kenderaan agar kereta ini dapat bertahan hingga ke garisan penamat SS 11. Masalah tersebut mengakibatkan kami mencatat 2:04 saat, meningkat 8 saat berbanding SS7 [trek yang sama] iaitu 1:59 saat.

Setibanya di penamat SS 11, saya terus menghentikan kereta dan cuba mencari punca masalah enjin. Saya agak kecewa kerana kami sedang berada di tempat ke-2 keseluruhan dan mendahului dalam Kelas C3 (1600cc) dan perlumbaan hanya tinggal 1 SS sahaja lagi.

P1200819

Saya semakin risau kerana enjin masih gagal untuk dihidupkan. Saya hanya mampu berdoa agar dapat meneruskan perlumbaan.

Setelah beberapa percubaan gagal, mekanik pasukan membuat keputusan untuk ‘push start’ dan hasilnya  positif apabila enjin berjaya dihidupkan. Tanpa membuang masa, saya memandu ke garisan permulaan SS12,  saya dan jurupandu arah mendapat sokongan dan tepukan gemuruh terutamanya dari pasukan GSR Pennzoil yang ingin menyaksikan kami menamatkan saingan dalam pusingan ke 3 ini.

Akhirnya, dengan penuh debaran melalui SS12 kami telah berjaya menamatkan perlumbaan dengan bergaya serta membanggakan. Yang memeranjatkan ialah catatan masa kami di SS12 adalah sama sewaktu melaluinya sebelum ini di SS8 iaitu 1.18 saat.

Saya begitu gembira dengan kejayaan ini dan di samping itu ingin mengucapkan tahniah kepada MAM yang telah menghidupkan kembali sukan rali di tempatan. Juga kepada penganjur Wheel Spin Management serta penaja-penaja lain yang memastikan acara ini menjadi suatu acara yang istimewa.

DSC00264

Kepada semua peserta pula, juga sekalung tahniah kerana berjaya menamatkan perlumbaan. Yang menang, SYABAS diucapkan. Yang kurang berjaya, masih boleh mencuba lagi. Yang baru menceburi, banyakkan belajar mengenai teknik pemanduan rali yang betul seperti kawalan stering, membrek, menukar gear, skid control, cornering speed dan membuat pace note yang betul.

Terima kasih. Jumpa lagi!

P1200835

Fakta:

Pemandu : Sutan Mustaffa Salihin

Jurupandu arah : Noorhafidzi Mohd Latif

Kereta disediakan : Yard Speedworks, SP Tech & Nick Motorsports

Dengan sokongan : RIS Racing & Glopac Maotorsports

Keputusan : Juara Kelas C3 (1600cc) dan Kedua Keseluruhan

-Sutan Mustaffa Salihin-

Pelumba Trek dan Rali

SMS Motorsport

Popularity: 23% [?]

23 Komen lu orang:

  1. bekas student Z2H

    MUM Attack!!!

  2. gua suspek betul dgn brader SMS ni.. kalau gua ada duit, gua nk aja sponsor dia resing utk team gua nih

  3. Mum Attack tu ape weh? Serangan warga ibu ke?

  4. amende yg dimaksudkan dgn skid control & pace note tuh?

  5. mcm ni bru puas hati bace……terbaek!

  6. terbaik jo!!!!

  7. gua bangga tul klu keta jenama malaysia menang kwn gua pun sama mcm gua bangga gila dia dgn keta sport jenama malaysia dia (gen 2)

  8. Apsal tak DAD Attack?

  9. sutan aku adalah peminat setia mu hahahaha
    dah macam artis lak..

  10. sms… sms… sms… sms…

  11. Nnt TAXI RIDE…SMS ade skali tak?…Boley la mintak otograf..

  12. semua ada…mak cik jual air pon ada

  13. jalan tar kampung

    Bro lu tbaik la..
    time tepukan gemuruh tu pn gua de gak?hehhe…
    1.6 duk blakang tebo?
    skill power la..
    bro bleh tau x spek2 krate 1.6 ni?
    klu sudi berkongsi..

    1Malaysia.

  14. mat tolong tanya kat SMS sat pasai apa dia suka angkat 2 jari macam tu (buat huruf ‘V’). kena sawan ‘V’ ka apa.

  15. KETA tu ada toyol sikit tu yg laju hehe…
    congrat sutan!

  16. Tahniah Sutan!! Lepas nih, ble msyuk WRC plk, Cari sponsor reramai lg yek!! Gud luck bro!!

  17. bekas student Z2H

    luqae…keta ko apa kurangnye…

    deh…apsal ko x bawak keta ko itu hari?

  18. pergh… suspek aq…

  19. luqae da xnak bawak sbb die ckp boring….. nak masuk jwrc plak…
    sbb tu bagi je keta kat org….(gilew kaya)

  20. salam semua.

    terima kasih di atas ucapan tahniah. apapun, kejayaan sy adalah di atas usaha keras pasukan yg menyediakan kereta yang baik utk saya & melakukan tugas sbg crew yg bagus. terima kasih & tahniah kpd mereka juga (ris racing, yard speedworks, sp tech, nick motorsports, sms motorsport & driving & sponsor kecilan yg lain spt glopac.

    ok. biar saya cuba menjawab soalan2 di atas:

    prodigy : mum attack??/…sebenarnya sticker kat belakang tu ‘maximum attack’…ada la yg gatal tangan pegi kopek…ni ada yg nak kena potong tangan ni….hahaha

    gunners : skid control = kawalan kenderaan ketika melalui laluan yg ‘licin’ & tiada grip/cengkaman, manakala pace note = ialah nota yg driver buat utk co-driver baca sewaktu rally…pace note yg bagus akan membuat driver laju & tiada teragak-agak nak full throttle….

    jalan tar kampung : spec keta simple je…4G92…twim cam with 282 race cam…full lock LSD…modified gear ratio & 4.9 final drive…..tuned by LongMan Corse……

    fauzi : ‘V’ tu stands for VICTORY….

    luqae : banyak ko punya toyol…..learn to drive and control ur self…enjoy…enjoy jugak..tapi objektif is bring the car to finish….

    that’s all…..anything boleh contact saya personally….

    Sutan Mustaffa Salihin
    Racing & Rally Driver
    Maximum Attack!!!

  21. bang sms

    saya laa yang buat soklan penzoil tu matpon janji saya lepas peraduan tu tamat dia nak suruh abg bawak saya round naik keter rally hadiah penat lelah buat soklan.. matpon mmg pelupa sikit.. !@

    he he he.. mat ko jgn buat lupa..

  22. Ceh sepat. Cakap tada suspek. Lu tau tak SMS tu otai.

    Cakap main-main.

    Lu tengok apa gua jawab kat entri Lancer.

  23. dei… apa itu entri?? polis sentri gua tau la

Lu komen kat sini:

Theme Tweaker by Unreal