Archive for 2009

F1: Imej Mercedes GP Petronas!

Saya sebenarnya sakit tangan ni, nak menaip agak tak selesa dan takut juga kalau-kalau kena Carpal Tunnel Syndrome. Tidak seperti blog auto lain kitaorang di GT hanya memblog pada sebelah malam sebabnya masing-masing ada kerja sepenuh masa. Jadinya siang dan malam pun asyik menaip saja. Disebabkan taknak orang bising saya asyik online saja, tidur lewat [...]

Honda Accord Mugen!

Saya dulu ada nostalgia dengan Honda Accord, keluarga saya pernah memiliki Honda Accord 1.6 warna merah maroon, sedap juga kereta ni, laju pun laju dan kenangan paling best sekali saya pernah kemekkan pintu belah kanan masa undur depan Maybank, yelah masa tu lesen pun belum ada lagi, budak-budak lagi dah reti pandu kereta. Tu yang [...]

Ford Mustang BOSS 302R: Resing ni Jo!

Masih lagi cerita pasal Ford sebabnya bila saya buka blog pesaing ada cerita pasal Ford Mustang, saja nak bagi line panas saya pun nak bercerita pasal Ford Mustang juga tapi yang ini lagi sedapla sebab model resing ni. 40 tahun selepas kejayaan Parnelli Jones dalam Trans-Am championship di Amerika sana dengan memandu Mustang BOSS 302, [...]

Ford Flex – Panjang gila ni Jo!

Ini adalah Ford Flex. Panjang gila macam yang anda semua boleh nampak. Saya menaip ni dalam senyuman sebenarnya sebab memang nampak jelas kereta ni tersangatlah panjangnya dan saya fikir kalau dipandu di negara kita memang susah nak cari parkir. Memang rakyat Amerika ni jenis yang suka benda yang besar, panjang dan dominan. Di sebalik mungkin [...]

Rating TopGear Jatuh!

Lu orang tau tak rating TopGear dah jatuh! Dua tahun lepas cerita ni ada 8 juta penonton, musim ke 14 sekarang ni jatuh kepada 5.5 juta. Lu orang jangan cakap gua seronok pula. Kalau show tu bungkus mana lagi gua nak bersaing. Takkan Stig nak gantung helmet. Takkan gua nak jadi Stig yang seterusnya. Gua [...]

Proton Design: Barang Baik Akan Datang!

Proton Design ini adalah jabatan yang bertanggungjawab dalam merekabentuk kereta Proton. Dengar kata Proton akan membuat pengumuman terkini mengenai halatuju dan bahasa rekabentuknya untuk produk masa hadapan. Saya pun tak tahu bila tapi ini dari sumber yang kukuh. Tunggu je lah. Sumber gambar: Proton Cars UK -Mak Uia-

Lotus Exige S Type 72!

Zaman dulu-dulu Lotus memang glamor habis dalam F1, banyak kali menang dan banyak juga pemandu-pemandu hebat yang lahir dari tim ini. Bahkan teknologi F1 masakini juga ada yang dipelopori Lotus. Tapi itulah dia, macam yang selalu kita dengar hidup ini ibarat roda, sekejap atas sekejap bawah. Kalau main motor dulu ada Repsol Honda tapi sekarang [...]

F1: Michael Schumacher Resing Balik Jo!

Dalam F1 sejak dua menjak ni kita asyik dengar Schumacher akan berlumba balik, khabar angin tersebut makin kencang bilamana Mercedes GP umumkan Nico Rosberg sebagai pemandu dan selepas itu terus senyap, tiada pasangan untuk beliau. Lepas tu tup-tup saja Petronas taja Mercedes GP dan pastinya akan ada berita lagi besar dari itu. Dan hari ini, [...]

Tengku Djan – The Unbeatable S.E.A Drifter!

Siri Formula Drift Asia memang saya ikuti sejak dari Singapura hinggalah ke Thailand baru-baru ini. Apabila siri FD Malaysia bakal dianjurkan memang saya teruja hendak menonton bahkan siang-siang lagi saya sudah maklumkan kepada Baii, ada siri drift besar akan berlangsung di sini. Namun apabila mengetahui harga tiket grand stand yang berbumbung dan tidak berbumbung yang [...]

F1: MERCEDES GP PETRONAS F1 TEAM!

360 darjah kontra dengan apa yang dilaporkan sebelum ini, Petronas kembali ke F1 dengan pasukan yang mungkin tidak terlintas di fikiran kebanyakan dari kita. Pasukan Brawn GP yang baru-baru ini dikenali sebagai Mercedes Grand Prix pada Isnin menandatangani perjanjian jangka panjang dengan Petronas untuk menjadi penaja nama pasukan tersebut seterusnya mewujudkan nama baharu iaitu Mercedes [...]