(15 Foto) Galeri Gambar Kia Stinger

Kia Stinger adalah produk terbaru syarikat dari Korea yang dikatakan bakal bersaing secara terus dengan jenama Eropah seperti BMW dan Audi. Kereta fastback itu memenangi Anugerah EyesOn Design for Production Car Design hanya tiga selepas dilancarkan di NAIAS pada awal Januari 2017.

Rekabentuk Kia Stinger diselia sendiri oleh dua individu hebat iaitu Peter Schreyer dan Gregory Guillaume, Ketua Pereka Kia Motors Eropah. Kia Stinger dibekalkan dua opsyen enjin iaitu 3.3 liter V6 Turbo berkuasa 365 hp dan 2.0 liter Turbo berkuasa 255 hp dengan padanan transmisi 8 kelajuan automatik.

Lebih menyengat apabila pembeli ditawarkan dua konfigurasi roda sama ada pacuan semua roda (AWD) atau pacuan belakang (RWD). Suatu yang mengujakan juga apabila pembangunan chasis Stinger diketuai oleh Albert Biermann, bekas Ketua M Division, BMW.

Di bawah ialah 15 gambar luaran dan dalaman Kia Stinger

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.