Perodua Sumbang RM10,000 Kepada 2 Buah Institusi Pendidikan Islam

Sempena meraikan keberkatan bulan Ramadan pada tahun ini, Perodua melalui program Iftar Ramadan telah menyumbang sebanyak RM10,000 kepada 2 buah institusi pendidikan Islam iaitu Maahad Tahfiz Nurul Iman Serendah dan Sekolah Rendah Agama Serendah di sini baru-baru ini.

Sumbangan ini adalah untuk membantu dua buah institusi ini menaiktaraf serta menambahbaik kemudahan untuk keperluan anak-anak yang menuntut di situ.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, YBhg Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh berkata.“Kami amat gembira dan berbesar hati untuk membantu mereka yang benar-benar memerlukan kerana kami percaya rezeki yang diterima haruslah dikongsi bersama. Aminar berkata.

Pada majlis yang sama juga, Perodua turut menyerahkan duit raya kepada 83 orang anak-anak dari Maahad Tahfiz Nurul Iman dan Sekolah Rendah Agama Serendah.

Kami berharap agar sumbangan duit raya ini memberi sedikit senyuman dan keceriaan kepada mereka dalam meraikan kedatangan Aidil Fitri yang bakal tiba. kata Aminar lagi.

Program Iftar Ramadan yang diadakan pada setiap Ramadan adalah bertujuan untuk meraikan kedatangan bulan yang mulia ini di samping merapatkan lagi hubungan silaturrahim bersama rakan-rakan media dan juga rakan-rakan niaga.

Selain daripada berbuka puasa, Perodua juga turut mengadakan solat terawih bersama-sama anak-anak Maahad Tahfiz Nurul Iman, anak-anak Sekolah Rendah Agama Serendah dan juga tetamu-tetamu yang hadir.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.